Daniel Sturridge Bawa Diri ke Turki, Ikat Kontrak 3 Tahun Bersama Trabzonspor

Sturridge

Bekas penyerang Liverpool, Daniel Sturridge telah sah menyertai kelab Turki, Trabzonspor dengan perjanjian kontrak selama tiga tahun dan akan menerima gaji sebanyak £27,000 seminggu (selepas cukai).

Pemain berusia 29 tahun itu telah dilepaskan oleh The Reds pada awal musim ini selepas 6 tahun di Anfield dengan rekod 67 gol dalam 160 penampilan bersama kelab itu.

Bekas penyerang England itu memulakan karier beliau di peringkat remaja bersama beberapa pasukan seperti Cadbury Athletic, Aston Villa, Conventry City dan Manchester City sebelum menyertai Chelsea pada tahun 2009.

Kemuncak prestasi beliau tentulah ketika musim keduanya di Liverpool. Digandingkan dengan Luis Suarez, pasangan penyerang itu berjaya membantu Liverpool menjaringkan lebih 100 gol pada musim 2013/14.

Ku sangka panas sampai ke petang, tetapi hujan di tengah hari. Mimpi indah Sturridge lenyap pada musim berikutnya apabila beliau dihantui dengan beberapa siri kecederaan. Keadaan itu berlanjutan selama beberapa musim sehingga mengehadkan peluang beliau untuk beraksi bersama pasukan.

Kehadiran penyerang-penyerang baru seperti Roberto Firmino, Sadio Mane, Mohamed Salah dan Divoc Origi menjadikan beliau bukan lagi pilihan utama untuk diturunkan. Namun Jurgen Klopp masih kerap menggunakan beliau sebagai pemain simpanan pada musim lepas termasuk dalam perlawanan-perlawanan penting.

Juara 6 kali Liga Super Turki, Trabzonspor, kini mendapat bimbingan Unal Karaman dan menamatkan saingan liga di tempat keempat musim lepas. Mereka bertemu kelab Greece AEK Athens dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah dan mengintai peluang untuk ditempatkan bersama 31 pasukan lain di peringkat kumpulan kejohanan itu.

Trabzonspor kini diketuai bekas pemain tengah Bayern Munich dan AC Milan, Jose Sosa selaku kapten pasukan. Mereka juga baru sahaja mendapatkan penyerang Alexander Sorloth dari Crystal Palace secara pinjaman. Sturridge juga akan kembali bersatu dengan bekas rakan sepasukannya di Chelsea, John Obi Mikel.

Sturridge pernah dipinjamkan selama enam bulan kepada Bolton Wanderers semasa bersama Chelsea sebelum berpindah ke Anfield dan kejayaan terbesar beliau adalah menjulang Piala Liga Juara-Juara Eropah bersama The Kops pada musim lepas.

Sturridge kini bebas untuk meneruskan karier beliau selepas selasai menjalani penggantungan oleh FA England kerana melanggar peraturan mengenai perjudian. Beliau didapati bersalah dan didenda sebanyak £75,000 dan dilarang untuk bermain bola sepak selama enam minggu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN