Stuart Ramalingam Sahkan FAM Mansuh Artikel 15.A, Elak Kes Akhyar Berulang

Akhyar

Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) telah mengumumkan kemenangan mereka berkaitan isu membabitkan isu perpindahan kontroversi bekas pemain mereka, Akhyar Abdul Rashid ke JDT.

Ini selepas kes itu dirujuk ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam pula menegaskan bahawa keputusan AIAC itu hanyalah di antara Akhyar Rashid dan KFA. Jadi pampasan itu perlulah diselesaikan oleh Akhyar Rashid dengan KFA.

Bercakap kepada BERNAMA, Stuart berkata: “Supaya semua lebih memahami, kes ini adalah mengenai Akhyar dan Kedah berhubung kontrak bersama bekas majikannya sebelum ini. Mudah sahaja. Ia tidak melibatkan JDT atau mana-mana pihak.”

“Apabila kes ini dibawa ke timbang tara, ia antara peguam kedua-dua pihak. Malah FAM tidak menerima sebarang maklum balas atau diundang untuk ke sana (AIAC) sebagai saksi sehingga lah keputusan keluar seperti yang kita tahu mengenai kes ini,” katanya lagi.

Akhyar Rashid sah menjadi milik JDT pada Disember 2018 ketika FAM dan KFA masih berbalah mengenai isu perpindahan pemain terbabit.

KFA pernah mengemukakan rayuan kepada FAM selepas tidak berpuas hati dengan keputusan badan induk itu yang menetapkan nilai pampasan RM75,000 kepada mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat Akhyar Rashid.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Rayuan FAM mengekalkan keputusan mereka, bahawa pemain itu hanya perlu membayar RM210,000 untuk menebus baki kontraknya bersama KFA untuk berhijrah ke pasukan lain.

Seterusnya pasukan baharu beliau iaitu JDT hanya perlu membayar RM75,000 kepada KFA.

Kes itu banyak dipengaruhi oleh Artikel 15.A, Peraturan Status dan Perpindahan Pemain FAM.

Untuk mengelak kes yang sama berulang, Stuart Ramalingam menegaskan bahawa klausa kontroversi itu sudah dikeluarkan untuk musim bermula 2020 ini.

Kredit Foto: FAM

“Kita nampak kelemahan dalam Artikel 15.A yang telah digunakan beberapa kali sebelum ini.”

“adi dalam garis panduan RSTP (Peraturan Status dan Perpindahan Pemain) untuk musim 2020, klausa yang kontroversi telah dikeluarkan sekali gus selaras dengan garis panduan FIFA dan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia).”

“Ia untuk pastikan tiadanya kekeliruan dalam kes ini yang akan berlaku lagi. Perkara ini telah dimaklumkan kepada semua pasukan dan berkuat kuasa awal tahun ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN