Stuart Ramalingam Puji Inovasi Dan Pengurusan Cemerlang Kerteh FC

Kegigihan dan usaha keras yang ditonjolkan oleh pasukan Liga M4 dari Terengganu, Kerteh FC dalam membangunkan kelab mereka tidak dipandang enteng oleh ramai pihak.

Bagi pengikut Liga Malaysia, rata-ratanya menyokong tindakan mereka yang membangunkan sebuah kelab kecil yang kini mempunyai impian besar untuk membangunkan Kerteh Sports City (KSC) disambut dengan nada positif.

Pada mereka, inilah sepatutnya cara sesebuah pasukan bola sepak diuruskan. Malah, mereka turut mengatakan yang pengurusan pasukan-pasukan Liga Super perlu belajar dengan Kerteh.

Dalam ketika penyokong bola sepak tempatan menghargai usaha Kerteh untuk menyuntik angin baharu dalam Liga Malaysia, Setiausaha Agung FAM iaitu Stuart Ramalingam turut tidak ketinggalan memuji hala tuju kelab tersebut.

Menerusi siaran terkini pasukan itu di Facebook, Stuart telah menghubungi pengurusan kelab untuk menyampaikan ucapan tahniahnya kepada Kerteh.

Menurut Stuart, apa yang dilakukan oleh Kerteh adalah tepat dan itulah cara sesebuah kelab patut diuruskan.

“Saya mengikuti rapat kemajuan yang diperoleh mereka dan boleh saya katakan Kerteh melakukannya dengan tepat.”

“Banyak perkara positif boleh diambil dari inovasi dan corak pengurusan kelab yang ditonjolkan Kerteh. Tahniah diatas hasil kerja yang cemerlang.”

Baru-baru ini Kerteh FC telah dihubungi oleh Setiausaha Agung Football Association of Malaysia, Stuart Michael…

Posted by Kerteh FC on Wednesday, April 21, 2021

Kerteh sering kali mencuri tumpuan penyokong bola sepak tempatan dengan corak pengurusan mereka yang berjaya melebarkan pengaruh mereka ke luar negara seperti Australia dan Sepanyol.

Pencapaian terkini mereka adalah diberikan mandat untuk menguruskan KSC yang dibina menerusi entiti Kerteh Sports City Sendirian Berhad (KSCSB) pada Mac lalu.

Leave a Reply