Stuart Ramalingam Mahu Pemain Berani Ke Depan Suarakan Isu Gaji Tertunggak

Stuart Ramalingam

Setiausaha Agung Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam mahukan pemain-pemain di Liga Malaysia lebih berani ke depan untuk menegakkan hak mereka.

Menyedari ada pemain yang terkesan dengan isu yang dianggap ‘barah’ dalam bola sepak tempatan, Stuart mengatakan pihaknya sedia membantu asalkan mereka berani ke depan.

Banyak pintu dibuka

Menurut Stuart, pihaknya di MFL membuka pintu seluasnya untuk membantu pemain mendapatkan hak mereka.

Sehubungan itu, beliau meminta agar pemain tidak menggunakan saluran yang tidak betul untuk menyuarakan masalah yang dihadapi.

“Jangan gunakan saluran yang tidak rasmi [untuk menyuarakan isu gaji tertunggak]. Tampil ke depan dan lakukan aduan rasmi.”

“Kita ada pelbagai saluran yang tersedia untuk tampil ke depan. Kita telah lakukan apa yang kami mampu, tinggal pemain sahaja untuk melakukan bahagian mereka.”

Menurut Stuart, pelbagai pihak boleh membantu pemain seperti MFL, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan juga Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM).

Beliau menambah yang pemain boleh hadir dengan pelbagai kapasiti. Sebagai contoh hadir secara individu atau diwakilkan bersama-sama peguam.

Situasi pemain sering tidak mendapat gaji dan hanya memberikan khabar angin atau pembayang menerusi media sosial menyukarkan tugas MFL, FAM dan PFAM.

Hal ini kerana, apabila tidak ada aduan rasmi dilakukan, maka sukar untuk mereka bertindak dalam membantu mendapatkan hak pemain.

Stuart berkata demikian ketika bercakap kepada media dalam sesi taklimat berkenaan status perlesenan kelab bagi saingan Liga Malaysia 2022 di Wisma FAM semalam.

17 pasukan dari Liga Super dan Liga Premier telah diberikan lesen kebangsaan oleh MFL untuk membolehkan mereka bersaing pada musim hadapan.

Melaka United dan Sarawak United diberikan lesen bersyarat atas kesalahan yang mereka lakukan berkaitan kewangan kelab.

Sarawak United Sekadar Diberi Lesen Kebangsaan, Akan Terus Di Bawah Pemerhatian MFL

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply