Stuart Ramalingam Gesa Pemain Ada Masalah Tunggakan Gaji Tampil Ke FAM

St

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menggesa mana-mana pemain yang mengalami masalah tungakan gaji dengan majikan masing-masing untuk tampil ke depan bagi membuat aduan kepada pihak FAM.

FAM terbuka menerima sebarang aduan dan menurutnya walaupun terdapat pelbagai cerita masalah tunggakan gaji dilaporkan di media sosial, hanya bekas pemain pertahanan Melaka United, Shukor Adan telah tampil dengan afidavit.

Sebelum ini, bekas pemain Pulau Pinang musim lalu yang baru ditamatkan kontrak menjelaskan kepada Semuanya BOLA mengenai tunggakan gaji mereka yang masih belum diselesaikan.

Shukor Adan dilaporkan mengambil keputusan menghantar sendiri afidavitnya bagi menuntut hak gaji dan bonus daripada Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) kepada FAM, tanpa melalui pihak ketiga.

“Setakat ini, kita tidak menerima sebarang aduan rasmi daripada mana-mana pemain, kecuali, Shukor Adan yang mengemukan afidavit kepada kita, berhubung tuntutan gaji beliau daripada MUSA, dan kita akan menggunakan SOP (Prosedur Operasi Standard) untuk menyelesaikan isu berkenaan,” jelasnya.

Menurut laporan, rakan-rakannya yang turut mengalami masalah sama telah memilih Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) untuk mewakili mereka dalam membuat aduan.

Bercakap kepada Bernama, Stuart Ramalingam dipetik berkata FAM akan membuat kenyataan mengenai isu ini pada 15 Januari depan dan akan memaklumkan mengenai beberapa kes baharu.

“Kita akan mengeluarkan kenyataan pada 15 Januari ini mengenai beberapa kes tunggakan hutang yang baharu [yang] melibatkan beberapa pasukan seperti PDRM dan Melaka,” ujarnya lagi.

Menurut maklumat awal, PDRM dikatakan memiliki tunggakan gaji sehingga lima bulan dan mungkin atas sebab itu pengendali The Cops musim lalu, E. Elavarasan memilih untuk angkat kaki daripada pasukan yang baharu dinaikkan pangkat ke Liga Super 2020 itu

Walaupun Melaka United dan Kelantan dikatakan memiliki masalah dengan pembayaran gaji, pihak FAM diberi jaminan, pengurusan pasukan tersebut sedang berusaha untuk menyelesaikannya.

Dalam pada itu, Stuart Ramaligam yakin yang beberapa masalah tunggakan gaji ini adakan dapat diselesaikan oleh semua pasukan sebelum Liga Malaysia 2020 bermula, selewatnya pada 28 Februari.

Kredit Foto: Astro Arena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram