Steven Gerrard Menamatkan Karier Sebagai Pemain Bola Sepak!

Penulis bukanlah peminat Liverpool. Tetapi, bagi peminat England seperti penulis, ia kehilangan besar bagi pasukan Tiga Singa itu. Beliau muncul sebagai pemain ke-4 dengan kaps terbanyak untuk England dengan 114 penampilan.

Di peringkat kelab, Gerrard menjulang Piala FA sebanyak dua kali dan juga menjadi bintang utama dalam kemenangan Liga Juara-Juara Liverpool menentang Milan di Istanbul pada 2015.

gerrard-ucl

Gerrard kekal satu-satunya pemain Inggeris yang telah menjaringkan gol dalam final Piala FA, Piala Liga, Liga Juara-Juara dan Piala UEFA (kini Europa League).

Bersara Selepas Karier Bola Sepak 19 Tahun

Steven Gerrard mengumumkan persaraan beliau selepas 19 tahun bermain bola sepak pada 24 November 2016. Beliau berkata :

“Berikutan terlalu banyak spekulasi media terhadap masa depan saya sejak akhir-akhir ini, saya boleh mengesahkan persaraan saya daripada bola sepak profesional,”

frank-lampard-steven-gerrard-england_1essyp1ffky7c1clikv0wk7h1f

“Saya rasa sangat bertuah kerana telah menikmati begitu banyak perkara kemuncak yang indah sepanjang kerjaya saya,”

“Saya menikmati kerjaya yang luar biasa dan bersyukur dengan setiap detik daan masa saya ketika menyarung jersi Liverpool, England dan LA Galaxy.”

“Saya sudah memenuhi impian zaman kanak-kanak saya dengan menyarung jersi merah Liverpool yang terkenal ini.”

“Ketika bermain, anda akan mulai merasi perubahan padang dan ia berlaku sejak beberapa tahun yang lalu saya merasakan diri saya semakin perlahan di atas padang,”

“Badan anda mulai berkata kepada anda, kesakitan akan menjadi lebih kerap. Saya tidak mampu memberikan apa yang saya pernah berikan dahulu, dan buatkan saya pasrah.”

“Terlalu banyak kecederaan dalam Tiga atau empat bulan terakhir, permainan kini menjadi lebih mencabar dan ia  mulai memberi kesan kepada saya.”

“Ada beberapa ketika dalam bulan-bulan kebelakangan ini saya mulai berfikir ‘Saya tidak bermain dengan baik hari ini’ atau ‘Pemain itu bermain lebih baik daripada saya hari ini.'”

“Saya telah mengambil nasihat daripada orang-orang yang saya rasakan penting dalam bola sepak. Mereka berkata :’Seorang pemain itu tidak harus bermain bola terlalu lama, tinggalkan sedikit baki yang ada, atau terlalu lama akan lebih memalukan.”

“Jadi, saya rasa ini adalah waktu yang tepat untuk saya bersara.”

Gerrard muncul 710 penampilan bersama Liverpool sebelum menyertai kelab MLS, LA Galaxy pada 2015.

Gerrard juga menjawab persoalan tentang spekulasi bahawa beliau ditawarkan jawatan pengurus di MK Dons. Gerrard menolak tawaran itu dan berkata, ia terlalu awal.

Gerrard dijangka mahu mengisi tempat kejurulatihan sama ada di Liverpool ataupun di England. Jurgen Klopp pada Oktober lalu berkata :

“Kelab ini sentiasa terbuka untuk Steven Gerrard.”

FA England pula mengesahkan mereka mahukan Gerrard dan Lampard menyertai kejurulatihan mereka.

Buat masa ini, bekas kapten Tiga Singa ini akan bertugas di BT Sports dan pada masa yang sama akan mengasah bakat kejurulatihan beliau.

Antara beberapa fakta mengenai Stevie G.

  1. Sepupunya, Jon-Paul merupakan mangsa termuda dalam tragedi Hillsborough pada 1989. Beliau menyatakan bahawa peristiwa itu telah meninggalkan kesan kepada dirinya. Ayat dalam biografinya “Melihatkan kesedihan keluarga Jon-Paul, membuatkan saya menjadi pemain lebih baik (untuk Liverpool).
  2. Selain itu, Steven pernah bermain dalam perlawanan akhir Piala Liga 2012 menentang Cardiff City. Sepupunya, Anthony mewakili Bluebirds menentang Liverpool. Steven dan Anthony gagal menjaringkan penalti. Meskipun Liverpool menang perlawanan tersebut, Steven mempunyai perasaan bercampur baur dan tidak meraikannya di hadapan Anthony

Pencapaian Steven Gerrard

Liverpool v Queens Park Rangers - Barclays Premier League

Kejuaraan :

1 UCL
2 Piala FA Cup
3 Piala Liga
1 Piala UEFA/Europa League
2 Piala Super Eropah
1 Perisai Komuniti

Anugerah Individu:

Pemain Terbaik Tahunan PFA 2006
Pemain Muda Terbaik PFA  2001
Pasukan Tahunan PFA 8 kali
Pemain Terbaik Bulanan EPL Liga 5 kali
Pemain Terbaik Piala FA 2006
Pemain Terbaik UCL 2006
Pemain Terbaik Piala UEFA 2005

Selamat Bersara Steven Gerrard!

Gerrard antara pemain tengah terbaik ketika usia kemuncak beliau. Menjadi buruan banyak kelab besar, namun beliau memilih untuk kekal bersama The Reds.

gerrard1

Pemain tengah box to box Inggeris klasik ini juga disenaraikan dalam senarai kesebelasan impian sepanjang zaman UCL baru-baru ini.

Selamat bersara Steven Gerrard!

Baca juga :

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN