Steven Gerrard Bawa Masuk Paling Ramai Pemain Duduki Bangku Simpanan Di Liga Scotland

Kebanyakan pemain skuad Rangers di Liga Perdana Scotland yang dibawa masuk pada jendela perpindahan musim panas yang lalu hanya sekadar memanaskan bangku pemain simpanan.

Tiga daripada mereka sekadar dinamakan di dalam skuad pada hari perlawanan, namun sudah tidak diturunkan beraksi lebih daripada tempoh 24 jam.

Pengurus pasukan, Steven Gerrard seakan-akan mengubah keseluruhan skuad Rangers pada jendela perpindahan musim panas dengan membawa 15 pemain ke Ibrox.

Tiga pemain Rangers

Namun selepas kajian yang dijalankan oleh Bwin ini didedahkan – ia seolah-olah legenda Liverpool ini sudah memiliki kesebelasan utama dan pemain yang paling beliau percayai.

Kajian dari Bwin itu mendedahkan Rangers memiliki paling ramai pemain baharu sebagai pemanas bangku simpanan di dalam senarai 10 pemain teratas di Liga Perdana Scotland.

GLASGOW, SCOTLAND – FEBRUARY 16: Kyle Lafferty of Rangers is seen prior to the Ladbrookes Scottish Premiership match between Rangers and St Johnstone at Ibrox Stadium on February 16, 2019 in Glasgow, Scotland. (Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

Kyle Lafferty dan Lassana Coulibaly misalnya telah disenaraikan sebagai pemain simpanan tanpa sebarang aksi untuk tempoh lebih sehari (24 jam).

Glenn Middleton yang dibeli pada Januari tahun lalu dan beraksi kali pertama untuk pasukan di bawah kendalian Gerrard pula telah memanaskan bangku simpanan selama 24 jam dan 4 minit.

Rekod ‘pemanas bangku simpanan’

Pemain Aberdeen, Stephen Gleeson dan pemain Kilmarnock, Mickael Ndjoli adalah pemain paling lama disenaraikan berada di bangku pemain simpanan. Gleeson misalnya telah disenaraikan selama 1 hari, 15 jam dan 58 minit sebagai pemain simpanan.

Pemain Dundee United, Callum Moore pula menghabiskan 98% masa beliau sebagai pemain simpanan dan beraksi hanya selama 20 minit pada musim ini. 20 jam dan 20 minit yang lain, Moore adalah pemain simpanan.

GLASGOW, SCOTLAND – MARCH 17: Kris Boyd of Kilmarnock reacts during the Ladbrokes Scottish Premiership match between Rangers and Kilmarnock at Ibrox Stadium on March 17, 2018 in Glasgow, Scotland. (Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

Pemain veteran Kilmarnock, Kris Boyd pula telah duduk di bangku pemain simpanan selama 30 jam tanpa sebarang aksi. Beliau berada di dalam skuad pada hari perlawnanan lebih kerap pada musim ini, meliputi 73% perlawanan setakat ini – berbanding hanya 23% perlawanan pada musim lalu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram