Steve McManaman Dedahkan Perkara Yang Akan Mengagalkan Usaha Liverpool Untuk Menjuarai EPL

Liverpool

Jika Mohamed Salah dan Virgil Van Dijk mengalami kecederaan pada waktu yang sama, ini akan mengagalkan usaha Liverpool untuk meraih trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk musim ini.

Demikian pendapat yang dilontarkan oleh bekas pemain Liverpool, Steve McManaman yang mendakwa The Reds akan gagal jika mereka kehilangan dua tonggak penting itu pada waktu yang sama.

WOLVERHAMPTON, ENGLAND – DECEMBER 21: Mohamed Salah of Liverpool celebrates his goal with Virgil van Dijk during the Premier League match between Wolverhampton Wanderers and Liverpool FC at Molineux on December 21, 2018 in Wolverhampton, United Kingdom. (Photo by Visionhaus/Getty Images)

Menurutnya, Salah dan Van Dijk adalah kunci kekuatan Liverpool musim ini dan tanpa mereka berdua, mungkin Liverpool tidak akan berada seperti yang dilihat pada ketika ini.

“Jika Liverpool dihimpit kecederaan yang serius keatas Van Dijk atau Salah, pada waktu yang sama, apa yang anda fikirkan (muncul juara) akan berubah.”

Jangan terlalu berharap untuk juara

Hampir seluruh penyokong The Reds optimis yang Liverpool mampu menjulang trofi kejuaraan liga musim ini.

Namun bagi McManaman, beliau menasihatkan agar semua penyokong supaya jangan terlalu meletakkan harapan besar buat pasukan.

BOURNEMOUTH, ENGLAND – DECEMBER 08: Mohamed Salah of Liverpool celebrates after scoring his team’s first goal with Virgil van Dijk of Liverpool during the Premier League match between AFC Bournemouth and Liverpool FC at Vitality Stadium on December 8, 2018 in Bournemouth, United Kingdom. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Seperti yang dikatakannya, pasukan hanya bergantung harap pada Salah dan Van Dijk, dan Liverpool tidak akan hebat tanpa mereka berdua.

Sebaliknya, beliau cuma meminta penyokong meletakkan harapan kepada semua pemain agar mereka berada dalam keadaan cergas sepenuhnya pada setiap masa.

Menurutnya, sesebuah pasukan itu akan berjaya dalam bola sepak jika mereka bermain dalam satu pasukan tanpa meletakkan harapan pada individu.

LIVERPOOL, ENGLAND – DECEMBER 29: (THE SUN OUT,THE SUN ON SUNDAY OUT) Liverpool fans enjoying the win during the Premier League match between Liverpool FC and Arsenal FC at Anfield on December 29, 2018 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Nick Taylor//Liverpool FC via Getty Images)

Bola sepak adalah salah satu daripada perkara itu. Apabila mereka mengatakan bahawa anda perlu melalui satu demi satu perlawanan, itulah yang perlu anda lakukan.”

“Anda perlu mengharapkan semua orang kekal cergas dan pasukan yang terbaik akan menang,” katanya.

Pada Oktober lalu, Liverpool telah kehilangan dua pemain ini akibat kecederaan.

Salah mengalami kecederaan di pangkal paha sementara Van Dijk bergelut dengan kecederaan patah tulang rusuk, sebelum mereka pulih sepenuhnya selepas menjalani rawatan susulan di Melwood.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN