Sterling Masih Cintakan Liverpool

Beliau dipanggil ‘ular’ oleh penyokong Liverpool kerana pergi ke Manchester City yang menawarkan lebih wang, tetapi itu tidak melunturkan cinta Raheem Sterling kepada Liverpool.

Ketika melakukan siaran langsung menerusi laman Instagramnya, Sterling ditanya oleh pengikutnya adakah satu hari nanti beliau akan pulang semula ke Anfield.

Beliau tidak memberikan jawapan terus, sebaliknya berlapik dalam menjawab pertanyaan itu.

“Adakah saya akan pulang semula ke Liverpool? Sejujurnya, saya masih sayangkan pasukan itu!”

“Jangan terkeliru, mereka masih lagi di hati saya. Anda faham maksud saya bukan?”

Sterling mengatakan cinta beliau terhadap Liverpool masih lagi kuat kerana di situlah tempat dirinya banyak menghabiskan kariernya terutuamanya ketika di usia muda.

Beliau menjadi watak yang kurang digemari penyokong Liverpool kerana memilih untuk ke Manchester City selepas prestasi mereka semakin merudum di bawah kendalian Brendan Rodgers.

Setiap kali tiba di Anfield, Sterling sering kali menerima sorakan boo daripada penyokong tuan rumah.

Untuk rekod, Sterling tidak pernah lagi menjaringkan gol menentang Liverpool sejak mewakili Manchester City.

Baca juga artikel kami mengenai Raheem Sterling:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN