Stefano Sensi Pembelian Paling Berbaloi Inter Milan Musim Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Secara keseluruhan Inter Milan telah membeli lapan pemain pada jendela perpindahan musim panas yang lalu. Ini tidak termasuk empat lagi pemain yang tiba secara pinjaman.

Lupakan Alexis Sanchez, Romelu Lukaku atau Diego Godin. Pemain paling berbaloi dan wajar diperhatikan dalam skuad serba baharu kendalian Antonio Conte ini sewajarnya diberikan kepada Stefano Sensi yang ke San Siro secara pinjaman dari Sassuolo.

Menurut Presiden Sassuola,Giovanni Carnevali, Stefano Sensi masih mempunyai banyak potensi untuk dikembangkan selepas pemain itu mengesahkan perpindahan secara pinjaman kepada Inter.

Inter melakukan pinjaman terhadap pemain tengah menyerang itu dengan pilihan untuk mendapatkannya pada nilai €25 juta – sudah dipersetujui – pada penghujung musim.

“Beliau memerlukan masa untuk membuktikan lebih banyak kualiti yang beliau miliki. Ia adalah urusniaga yang amat baik oleh Inter,” ujar Carnevali di Radio Sportiva baru-baru ini.

Berusia 24 tahun, Sensi adalah pemain skuad kebangsaan Itali. Pada mulanya Sensi dianggap sebagai pemain yang akan diturunkan secara silih berganti di Inter.

Namun prestasi beliau berjaya mencuri tumpuan Conte sehingga diturunkan beraksi dalam semua empat perlawanan setakat ini.

Selain daripada dua gol yang telah dijaringkan dalam perlawanan menentang Leece dan Udinese, Sensi kini turut sudah menyumbang satu bantuan gol untuk jaringan pembukaan Marcelo Brozovic untuk Inter ketika menewaskan AC Milan 2-0 pada hujung minggu lalu.

Berikut adalah video aksi Sensi bersama Inter yang kami ingin kongsikan.