Status Amatur & Tidak Pernah Ke Piala Dunia, Antara Syarat Khas Ke Olimpik

Antara detik gemilang bola sepak Malaysia ialah pernah melayakkan diri ke Sukan Olimpik sebanyak dua kali, iaitu pada 1972 di Munich dan 1980 di Moscow.

Kejayaan skuad negara layak ke Olimpik 1972 dicatatkan di Korea Selatan manakala kejayaan untuk skuad 1980 disambut di depan ribuan penyokong sendiri selepas kejayaan manis di Stadium Merdeka.

Ketika baharu hendak memulakan latihan penuh untuk beraksi di Moscow, kerajaan membuat keputusan menarik diri daripada menyertai temasya empat tahun sekali itu.

Itu antara catatan sejarah Malaysia dan acara bola sepak lelaki di Sukan Olimpik. Bercerita mengenai sejarah, acara bola sepak di Sukan Olimpik juga telah melalui banyak perubahan pada hari ini.

Berikut antara sejarah pertandingan dan peraturan yang perlu anda tahu.

Pernah jadi pertandingan untuk pemain amatur sahaja

Acara bola sepak di Sukan Olimpik pertama kali diadakan pada 1900 di Paris. Pada ketika itu acara bola sepak hanya membenarkan pemain berstatus amatur.

Peraturan itu diubah hanya pada 1984 ketika Sukan Olimpik berlangsung di Los Angeles, di mana pemain berstatus profesional dibenarkan bertanding dan mewakili negara masing-masing.

Walaupun demikian, setiap negara bertanding dari Eropah sehingga ke Amerika Selatan – dua benua yang memiliki pasukan bola sepak terkat – tidak dibenarkan menghantar pemain yang pernah beraksi di Piala Dunia.

Peraturan berkaitan Piala Dunia membabitkan pasukan dari kedua-dua benua bagaimanapun dipadam di Sukan Olimpuk 1992 yang berlangsung di Piala Dunia.

Mengapa ia dihadkan untuk skuad Bawah-23?

Dengan membenarkan pemain yang pernah layak ke Piala Dunia beraksi di Olimpik, bola sepak di Sukan Olimpik kemudiannya dihadkan untuk skuad Bawah-23 tahun sahaja.

Ia bertujuan untuk terus memelihara prestij kejohanan bola sepak utama dunia anjuran FIFA, iaitu Piala Dunia.

Sukan Olimpik adalah temasya sukan terbesar dunia. Sepertimana kejohanan bola sepak utama di peringkat benua yang lain, pertandingan bola sepak yang dipertandingkan di peringkat temasya sukan harus menggunakan skuad B-23.

Peraturan tersebut bagaimanapun pertama kali diaplikasikan pada 1992 ketika Barcelona bergelar tuan rumah.

Empat tahun kemudian di Sukan Olimpik Atlanta, tiga pemain lebih usia dibenarkan mewakili negara masing-masing agar acara bola sepak di temasya tersebut terus mampu menarik tontonan peminat.

Perubahan di Tokyo

Sukan Olimpik yang berlangsung di Tokyo pada 21 Julai (hari ini) bakal menyaksikan setiap negara bertanding menghantar skuad Bawah-24.

Peraturan ini digunapakai untuk temasya kali ini sahaja disebabkan oleh penangguhan temasya tersebut yang sepatutnya diadakan pada 2020.

Untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo, selain tiga pemain lebih umur yang dibawa bersama, pemain lain harus lahir sebelum 1 Januari 1997.

Bagaimanapun tiada had umur dikenakan buat acara wanita di Sukan Olimpik.

Baca artikel menarik lain daripada kami melalui pautan:

Rafieq Al-Amzar Mahu Ikut Jejak Luqman Hakim Di Eropah

Struktur Baharu Gaji Lionel Messi Paksa Barcelona Ambil Moratorium Didedahkan

‘Piala Maradona’ Bakal Diperkenalkan

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply