Statistik Perbandingan Antara Virgil van Dijk Dan Ruben Dias

Statistik perbandingan antara Virgil van Dijk dan Ruben Dias sangat menarik untuk dibincangkan memandangkan kedua-dua mereka merupakan yang terbaik dalam dunia bola sepak hari ini.

Pertembungan antara dua kuasa besar dalam saingan Premier League yang menemukan Manchester City dan Liverpool jelas merupakan antara perlawanan yang paling dinanti-nantikan oleh para peminat.

Kedua-dua pasukan merupakan antara yang paling berjaya dalam dunia bola sepak hari ini atas segala kejayaan dan pencapaian mereka sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Jurgen Klopp berjaya mengubah Liverpool dari sebuah pasukan pertengahan liga, menjadi gergasi yang digeruni dalam dunia bola sepak Eropah.

Sementara Pep Guardiola tidak dinafikan lagi antara pengurus terbaik yang telah memenangi pelbagai kejuaraan sepanjang kariernya.

Beliau turut cemerlang membantu City memenangi pelbagai kejuaraan termasuk tiga gelaran Premier League sejak musim 2017/18.

Antara dua pemain paling menyerlah dalam kedua-dua pasukan adalah Ruben Dias dan Virgil Van Dijk dengan mereka dianggap pemain pertahanan terhebat dunia pada ketika ini.

Kedua-dua mereka telah memberikan impak yang sangat positif dalam membantu skuad masing-masing dan turut menjadi nadi penting dalam sistem pengurus kelab.

Impak Van Dijk

Van Dijk ditandatangani oleh Liverpool dari Southampton pada tahun 2018 dengan yuran perpindahan bernilai €84.65 juta.

Sepanjang kariernya bersama Liverpool, Van Dijk berjaya membantu The Reds memenangi gelaran Premier League, Champions League, Super Cup dan FIFA Club World Cup.

Beliau jelas menjadi nadi penting dalam sistem kendalian Jurgen Klopp dengan Van Dijk berjaya memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan pada tahun 2019.

Beliau juga turut berada di kedudukan kedua dalam anugerah Ballon D’or di belakang Lionel Messi, dan turut memenangi anugerah Pemain Terbaik Eropah pada tahun 2019.

Impak Ruben Dias

Ruben Dias ditandatangani oleh Manchester City pada tahun lalu dari Benfica dengan yuran perpindahan bernilai €68 juta.

Beliau telah menunjukkan impak yang sangat positif sejak dari awal ditandatangani dan menjadi nadi utama dalam sistem pertahanan Pep Guardiola.

Musim pertamanya di Etihad, Dias berjaya membantu Manchester City memenangi gelaran Premier League dan League Cup.

Persembahan mantap yang beliau persembahkan telah membantu beliau untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan dalam saingan Premier League musim lalu.

Jelas sekali kedua-dua pemain ini sering dibandingkan atas impak mereka di atas padang, dan pertemuan kali ini tentunya sangat menarik untuk disaksikan.

Berikut merupakan senarai perbandingan antara kedua-dua pemain centre-back terhebat dalam saingan Premier League.

Kedua-dua Virgil van Dijk dan Ruben Dias mempunyai peratusan kemenangan lebih dari 70% dan mereka turut membuktikan kehebatan masing-masing setiap kali diturunkan beraksi.

Duels

Virgil van Dijk terlibat dengan lebih banyak duels berbanding Dias dan beliau lebih banyak memenanginya.

Ia membuktikan yang pemain pertahanan Liverpool itu jelas lebih dominan berbanding Dias dari segi duels.

Perebutan bola di udara

Sejak Virgil van Dijk melakukan debutnya bersama Liverpool dalam saingan Premier League, tidak ada pemain yang beraksi selama 1200+ minit dan memenangi aerial duel lebih banyak berbandingnya.

Tackle

Walaupun bermain kurang 5,591 minit, Ruben Dias lebih kerap digelecek berbanding Van Dijk dalam saingan Premier League, dengan beliau digelecek sebanyak 14 kali berbanding pertahanan Liverpool itu hanya 8.

Walau bagaimanapun, Dias lebih bagus dalam melakukan tackle dengan ia dianggap antara kemahiran utamanya sebagai pemain centre-back.

Bertahan

Ruben Dias juga lebih dominan dari segi kemahiran membuat hadangan, dengan beliau berjaya merekodkan 31 hadangan sejak mula menyertai Man City dalam saingan Premier League.

Ia merupakan nilai berganda berbanding kesemua pemain Manchester City yang lain sementara Van Dijk mencatatkan 39 hadangan sepanjang kariernya bersama Liverpool.

Memandangkan Dias baru masuk musim keduanya bersama City, beliau jelas lebih dominan dari segi hadangan berbanding Van Dijk kerana statistik bintang Liverpool itu diambil kira sejak awal kariernya di Anfield.

Disiplin

Ruben Dias langsung tidak pernah melakukan sebarang kesilapan yang menyebabkan gawang gol Manchester City di bolosi.

Sementara Virgil van Dijk pula telah melakukan tiga kesilapan yang menyebabkan gawang gol Liverpool di bolosi sepanjang kariernya di Anfield.

Namun dari segi disiplin, Dias lebih banyak mengutip kad kuning berbanding Virgil van Dijk.

Distribution

Virgil van Dijk gemar melakukan hantaran jauh mencari Salah atau Mane di atas, sementara Ruben Dias pula kerap menggerakkan bola dari bawah untuk naik ke atas.

Tidak dinafikan kedua-dua mereka merupakan ball-playing centre-back terhebat yang ada dalam saingan Premier League pada ketika ini.

Tidak keterlaluan juga untuk menganggap yang kedua-dua mereka sebenarnya sangat bagus dari segi kesemua hal yang mereka lakukan di atas padang.

Fakta menarik, hanya dua pemain centre-back yang pernah memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan dalam saingan Premier League dan Pertahanan Terbaik UEFA pada musim yang sama.

Mereka adalah Ruben Dias dan Virgil Van Dijk, maka jelas sekali kedua-dua mereka merupakan yang terbaik dari yang terbaik dalam dunia bola sepak hari ini.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN