Statistik: Manchester United Pasukan Paling Teruk Dalam Sepakan Penjuru Ketika Ini

Pernah tak anda mendengar rakan anda yang menyokong Manchester United merungut dengan kualiti sepakan penjuru pasukan mereka?

Antara yang kerap anda dengar adalah kualiti sepakan penjuru yang diambil oleh para pemain Manchester United.

Sebenarnya, mereka memang merasai isu kelemahan sepakan penjuru pasukan mereka yang sangat kritikal.

Satu statistik dikeluarkan, memaparkan jumlah hari setiap pasukan di EPL gagal menyempurnakan sepakan percuma menjadi gol.

Agak ironi kerana Manchester United dahulu memiliki pengambil sepakan penjuru yang sangat hebat seperti David Beckham, Wayne Rooney, Ryan Giggs dan ramai lagi.

Kini, pasukan Manchester United adalah pasukan paling teruk dalam ratio hari tanpa gol menerusi sepakan penjuru. Mereka sudah 218 hari tanpa sebarang gol menerusi sepakan penjuru.

Manchester United menjadi satu-satunya pasukan yang berada di atas paras lebih 200 hari.

5 lagi pasukan, lebih 100 tiada gol daripada sepakan penjuru. Mereka adalah; Watford (184), Crystal Palace (165), Brighton (144), Everton (144), dan Newcastle (144).

Senarai 3 teratas pasukan yang memiliki jara hari yang pendek untuk gol daripada sepakan penjuru adalah:

1. Bournemouth – 5 hari
2. Liverpool – 11 hari
3. Mancheter City, Sheffield United, Burnley – 12 hari

Penyokong Liverpool pasti akan teringat visual ini apabila bercerita tentang sepakan penjuru.

Rutin sepakan penjuru sangat penting untuk menghasilkan gol dengan cara yang lain, jika pasukan anda gagal untuk melakukan gol daripada permainan terbuka.

Ini adalah senarai penuh untuk setiap pasukan:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram