Statistik: Liga Pasukan Tinggi Berbelanja Dan ‘Nett Spending’ Sejak 2014

Tiada keraguan lagi bahawa Barcelona kini menjadi pasukan paling tinggi berbelanja untuk pembelian pemain sejak 2014/15.

Anda pasti masih ingat satu tweet kontroversi oleh admin twitter Barcelona pada 2009 yang berbunyi:

https://twitter.com/FCBarcelona_cat/status/2205431286

Terjemahannya: “Barca melahirkan bakat, Real pula membelinya [bakat].”

Ianya satu tweet yang membanggakan Barcelona (walaupun ramai yang berpendapat tweet ini agak tidak profesional). Ia merujuk kepada Barcelona yang berterusan menghasilkan bakat menerusi akademi mereka serta bakat muda yang digilap seperti Lionel Messi, Xavi, Iniesta dan ramai lagi.

Namun ironinya dalam beberapa musim kebelakangan ini, Barcelona sudah terlibat dalam beberapa perpindahan bernilai lebih €100 juta untuk seorang pemain seperti Ousmane Dembele, Philippe Coutinho dan sekarang Antoine Griezmann.

Jom kita lihat dalam 5 tahun terakhir ini pasukan mana yang paling banyak (top spenders) membelanjakan wang untuk membeli pemain sejak 2014/15. Data ini adalah rekod daripada transfrmarkt sehingga tarikh 12 Julai 2019.

1. Barcelona – €1.08 billion

2. Manchester City- €996 juta

3. Manchester United – €890 juta

4. Chelsea – €875 juta

5. Juventus – €868 juta

6. Atlético Madrid – €800 juta

7. Paris Saint-Germain – €773 juta

8. Real Madrid – €755 juta

9. Liverpool – €714 juta

10. AS Roma – €586 juta

Carta nett spending

Berdasarkan kedudukan di atas ini. Di kalangan big spenders itu tadi – kita lihat pula pasukan mana yang paling tinggi ‘nett spending’ iaitu merujuk kepada perbelanjaan tolak hasil penjualan.

Sekali lagi penulis ingatkan, ini adalah carta liga ‘nett spending’ untuk 10 pasukan di atas sahaja – yang berbelanja besar dalam pembelian pemain bukannya carta keseluruhan di 5 liga utama Eropah.

1. Manchester City- €615 juta

Manchester City berjaya melakukan penjualan pemain hanya €280 juta sejak 2014. Polisi Manchester City kerapkali menggunakan pemain sehingga kontrak tamat.

Bernardo
MANCHESTER, ENGLAND – MAY 09: Vincent Kompany of Manchester City embraces Bernardo Silva of Manchester City during the Premier League match between Manchester City and Brighton and Hove Albion at Etihad Stadium on May 9, 2018 in Manchester, England. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)
2. Manchester United – €615 juta

Sejak 2014, Red Devils berbelanja agak besar, tetapi hanya mendapat pulangan hasil jualan sebanyak €275 juta. Mourinho sebelum ini menegaskan Manchester United tidak mahu menjadi kelab penjual. Mereka adalah pembeli.

Namun mereka kerap bergelut dengan isu pengurusan kontrak.

3. Barcelona – €453 juta

Barcelona mencatatkan nett spending pada kadar €453 juta. Mereka masih dikaitkan dengan beberapa nama lagi termasuk Neymar.

Mungkin angka ini akan dikurangkan sebelum jendela perpindahan kali ini ditutup dengan penjualan pemain. Antara yang dikaitkan ialah Malcom dan Coutinho.

4. PSG – €417 juta

Keinginan pemilik mereka untuk mendakap UCL membuatkan PSG sangat aktif berbelanja. Namun mereka agak kurang baik dalam penjualan pemain.

Salah satu sebab Leonardo dilantik semula adalah untuk memperbaiki isu ini. Pemain seperti Rabiot pergi sebagai pemain ejen bebas.

5. Real Madrid – €399

Real Madrid berada di tangga ke-5 ketika ini. Angka ini meningkat mendadak kerana perbelanjaan mereka musim ini dengan pembelian Hazard, Rodrygo, Ferland Mendy dan Luka Jovic.

Real Madrid dilaporkan masih terbuka untuk menjual beberapa pemain lagi.

6. Juventus – €229

Walaupun banyak terlibat dalam perpindahan percuma berprofil tinggi, Juve tetap berbelanja sangat tinggi dalam membeli pemain.

Namun mereka imbanginya dengan penjualan pemain secara aktif. Paul Pogba masih menjadi penjualan tertinggi mereka setakat ini dengan €100 juta ke Man. United.

7. Chelsea – €152

Chelsea antara pasukan yang berbelanja besar dan pada masa yang sama mampu menjual pemain pada harga terbaik.

Dalam jendela perpindahan kali ini mereka menjual Eden Hazard yang hanya ada baki kontrak setahun dengan nilai lebih €100 juta.

8. Liverpool – €179

Juara Eropah 2019 – Liverpool adalah pasukan yang berbelanja dengan rekod bek tengah paling mahal di dunia dan penjaga gol kedua termahal di dunia.

Namun begitu mereka berjaya menjual pemain seperti Coutinho dengan harga €140 juta. Mereka juga berjaya menjual beberapa pemain dengan harga yang dianggap tinggi daripada sepatutnya, seperti Benteke, Sakho dan Solanke.

9. Atletico Madrid – €48 juta

Berdasarkan corak perbelanjaan mereka dalam beberapa musim ini, mereka mulai mahu beralih kepada pasukan penjual kepada pasukan pembeli.

Mereka mendapatkan pemain seperti Joao Felix dengan harga €120 juta. Pada masa yang sama mereka berbelanja mendapatkan pemain seperti Diego Costa, Alvaro Morata dan ramai lagi.

Mereka berjaya menjual pemain seperti Griezmann dan juga Rodri dengan nilai lebih €180 juta secara terkumpul.

10. AS Roma – -€16 juta

Di antara 10 pasukan pembeli paling tinggi di Eropah, AS Roma merupakan satu-satunya yang mencatat ‘nett spending’ negatif ataupun untung.

Polisi perpindahan mereka mulai dipertikaikan oleh penyokong kerana aktif menjual tetapi tidak menggantikan pemain dengan pemain yang sebaiknya.

Mereka menjual ‘marquee player’ tetapi menggantikannya dengan bakat prospek.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN