Statistik Ini Pastinya Buat Liverpool ‘Menggeletar’ Untuk Berdepan Manchester United

Kerjasama Semuanya BOLA

Liverpool Manchester United

Manchester United akhirnya berjaya menduduki puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama sejak September 2017 selepas berjaya menewaskan Burnley 1-0 pada awal pagi tadi.

Rembatan voli Paul Pogba menghasilkan gol tunggal perlawanan untuk memberikan tiga mata penuh kepada skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu yang terus mencatat rekod cemerlang dalam aksi di gelanggang lawan pada musim ini.

Kini United mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 15 perlawanan di tempat lawan dengan memenangi 12 daripadanya. Kekalahan terakhir mereka adalah di Anfield pada musim lalu.

Pada waktu itu jelas tahap keupayaan The Red Devils terlalu jauh untuk dibandingkan dengan Liverpool. Gol Virgil van Dijk dan Mohamed Salah telah meletakkan United ketinggalan 30 mata di belakang pasukan bimbingan Jurgen Klopp tersebut.

Namun keadaan tersebut telah berubah pada musim ini apabila United telah pun memintas The Kops dengan penuh bergaya dan sekiranya mereka menang pada Ahad ini, jarak perbezaan mata di antara kedua-dua pasukan akan dipisahkan dengan enam mata.

Bagaimanapun Pogba mahu rakan sepasukannya bertenang dan tidak terlalu yakin untuk berdepan Liverpool yang dianggap sebagai pasukan pilihan selaku juara bertahan.

“Yang akan datang ini adalah perlawanan ‘besar’, jadi mari bersedia untuknya,” ujar Pogba yang ditemubual selepas perlawanan yang berlangsung di Turf Moor itu.

“Kami tahun jika kami menang malam ini, kami akan berada di puncak liga apabila berdepan Liverpool [Ahad ini]. Jadi kami semua perlu bertenang, ianya perlawanan yang penting, kita lihat apa yang akan berlaku nanti.”

Dalam tempoh dua bulan, United yang teruk ‘dibahan’ kerana menduduki tangga ke-15 selepas tewas kepada Arsenal pada November lalu naik satu demi satu anak tangga dengan mencatat sembilan kemenangan dan satu seri.

Sekalipun berdepan dengan pelbagai kritikan termasuk kempen #OleOut di media sosial, Solskjaer dengan tenang meneruskan tugasannya untuk terus memacu United ke tahap di mana mereka berada ketika ini.

Sekalipun tewas kepada jiran setempat, Manchester City dalam perlawanan separuh akhir Piala Carabao tempoh hari, beliau tidak pernah meragui kemampuan pemainnya untuk terus mempamerkan aksi berkualiti.

“Kini kami turun setiap perlawanan dengan penuh keyakinan,” ujar Solskjaer kepada BBC.

“Kami terus beraski dengan baik setiap kali beraksi di luar tempat sendiri. Pemain meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada diri dan mereka berjaya melakukannya. Ujian penting adalah pada Ahad ini untuk bertemu juara [bertahan].”

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United:

Kenali Amad Diallo, ‘Inverted Winger’ Berbakat Besar Yang Perlu Dibangunkan Man United

10 Pemain Projek Remaja Berbakat Manchester United, Termasuk Amad Diallo Yang Baharu Tiba

Rahsia Peningkatan Mendadak Man United Pasca Lockdown

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply