Statistik Ini Membuktikan Bahawa Ruben Neves Peledak Luar Kotak Penalti Yang Bahaya

Ruben Neves menjaringkan gol cantik ketika Wolves mengikat Manchester United pada minggu lalu. Neves seperti biasa, menunggu di luar kotak penalti, dalam keadaan bola mati, menanti bola singgah dan merembatnya.

Pemain kelahiran Portugis itu terus mencipta reputasi beliau di EPL – terutama sekali dengan kepakaran beliau melakukan percubaan jarak jauh.

Satu statistik dikeluarkan, membuktikan bahawa Ruben Neves memang seorang peledak gol dari jarak jauh yang harus diberikan lebih perhatian.

Dalam karier beliau bersama Wolves, Ruben Neves sudah menjaringkan 13 gol setakat ini dalam semua pertandingan.

Namun, daripada angka 13 gol itu, 10 daripadanya adalah dari luar kotak penalti. Ini adalah laporan kedudukan gol Ruben Neves untuk Wolves. Hanya 3 yang dilakukan di dalam kotak penalti.

Jarak paling jauh gol beliau untuk Wolves adalah ketika menentang Derby County. Gol itu dianggap antara gol tercantik dalam sejarah karier beliau dan Wolves. Neves mengawal bola, melakukan ‘setting’ sendiri, dan melepaskan voli yang terus ke gawang gol.

Pengulas perlawanan pun menyatakan mereka kehilangan kata-kata untuk menggambarkan gol yang dilakukan tanpa menoleh ke arah gol, tanda beliau ada naluri yang sangat kuat daripada kedudukan tersebut.

Kesimpulannya, setiap pasukan selepas ini perlu memberikan lebih perhatian kepada Ruben Neves, terutama sekali apabila beliau berlegar-legar di luar kotak penalti.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN