Statistik Bukti Romelu Lukaku Lebih Hebat Dari Ronaldo Fenomeno

Romelu Lukaku kini adalah penyerang yang lebih hebat berbanding Ronaldo Nazrio de Lima setelah menjaringkan lebih banyak gol berbanding pemain legenda dari Brazil itu untuk Inter Milan.

Lebih menarik, Lukaku memecahkan rekod jaringan Ronaldo dalam jumlah perlawanan yang lebih sedikit, kurang 13 perlawanan yang dilalui oleh Ronaldo.

Penyerang antarabangsa Belgium itu mengesahan kehebatan selaku penjarng terhebat Inter Milan setelah menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika Inter Milan menewaskan Bologna 1-0 pada hujung minggu lalu.

Kemenangan tersebut turut merapatkan skuad kendalian Antonio Conte dengan kejuaraan Serie A pada musim ini, dan Lukaku telah menjaringkan 60 gol dari 86 perlawanan untuk Inter Milan sehingga kini.

Jumlah tersebut menyaksikan jumlah terkumpul Lukaku melepasi rekod jaringan yang dilakukan oleh Ronaldo yang mencetak 59 gol dari 99 penampilan ketika bersama kelab Itali itu.

Ronaldo suatu masa dahulu dianggap sebagai salah seorang penyerang paling digeruni kerana kemampuannya merobek gawang pertahanan lawan ketika masih beraksi di Itali.

Ketika masih bergelar pemain Inter, Ronaldo pernah memenang Piala Eropah dan Ballon d’Or pada 1997, namun karier pemain itu turut dihantui dengan beberapa siri kecederaan lutut.

Ronaldo kemudian berhijrah ke Real Madrid pada musim panas 2002, dan bergelar juara Piala Dunia bersama Brazil sambil bergelar penjaring terbanyak kejohanan tersebut.

Walaupun dikenali sebagai seorang penyerang prolifik ketika di Itali, Ronaldo bagaimanapun tidak pernah menjuarai kejuaraan Serie A ketika bersama Inter. Lukaku sebaliknya mampu berbuat demikian pada minggu-minggu mendatang.

Karier Likaku mulai meningkat sejak meninggalkan Manchester United pada 2019 dan dilihat berada pada tahap prestasi terbaiknya pada hari ini.

Baru berusia 27 tahun, Lukaku turut berpeluang memecah rekod jaringan Christian Vieri yang merekodkan 122 gol dari 190 perlawanan untuk Inter.

Jumlah gol yang dipungut oleh Lukaku setakat ini juga masih kurang enam jaringan berbanding Zlatan Ibrahimovic (6 gol dari 117 perlawanan) yang dihasilkan dalam tempoh tiga musim.

Inter Milan kini mempunyai kelebihan lapan mata berbanding AC Milan di kedudukan teratas liga dan turut mempunyai kelebihan satu perlawanan di dalam tangan.

Pengurus pasukan, Antonio Conte yang bercakap kepada wartawan selepas kemenangan ke atas Bologna pada hujung minggu lalu turut meluahkan keyakinan kejuaraan pertama sejak 2010 akan menjadi milik mereka.

“Saya tidak fikir kami telah menghasilkan sesuatu yang sangat istimewa di kalangan pemain dan staff. Mereka tahu saya amat konsisten, dan saya tidak memberi layanan berbeza kepada sesiapa kerana nama mereka. Setiap keputusan saya lakukan adalah untuk kebaikkan Inter.

“Rasa hormat itu dibina sesama kami seperti simbiosis, tetapi kami masih perlu meneruskan perjuangan ini.

“Ia pasti perkara menakjubkan untuk menamatkan musim yang sukar ini dengan kejuaraan dan trofi. Kami hampir melakukannya pada musim lalu di pertandingan Europa League. Kali ini, impian itu sangat hampir.

Bekas penyerang Chelsea dan Manchester United Romelu Lukaku akhirnya berjaya menemui potensi sebenar dirinya sejak berhijrah ke Serie A pada musim panas 2019.

Pemain antarabangsa Belgium ini berjaya menampilkan ketajaman di hadapan gawang lawan sehingga menjadi salah seorang penyerang paling digeruni di Serie A pada hari ini.

Jika Inter Milan mampu menjuarai Serie A pada musim ini, maka mereka harus berterima kasih kepada sumbangan Lukaku.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak eropah:

10 Pemain Terbaik EPL Dari Negara Scandinavia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN