Stam: Dari Seorang Yang Tidak Dipercayai, Van Dijk Kini Pemimpin Besar

Stam

Jaap Stam yang baharu sahaja dilantik sebagai pengurus FC Cincinnati mengakui beliau gembira dengan peningkatan mendadak ditampilkan rakan senegaranya, Virgil van Dijk sehingga menjadikan pertahanan tersebut sebagai tonggak utama Liverpool pada ketika ini.

Stam, bekas pertahanan kental di zamannya beraksi melihat Van Dijk telah menikmati proses transisi dari seorang pemain yang ‘tidak dipercayai’ kepada ‘pemimpin besar’.

Sehubungan dengan itu, Stam menilai Van Dijk sebagai seorang pemain yang tidak berputus asa dalam usahanya untuk membuktikan potensi besar dimilikinya.

”Sangat bagus untuk melihat seorang lagi pemain pertahanan Belanda yang mencapai tahap sebegini dan mengembangkan potensinya dengan cara tertentu kerana pada permulaan kariernya, walaupun bermain di Belanda untuk Groningen, tiada siapa yang mempercayainya atau melihat dia sebagai pemain tengah terbaik.”

”Pasukan gergasi di Belanda juga tidak mahu untuk mendapatkannya dan kemudian dia membuat keputusan berhijrah ke Scotland bagi beraksi bersama Celtic,” ujar Stam menurut laporan Goal.

”Perkembangannya di sana hebat kerana beraksi di liga berbeza, liga sukar dengan pemain yang baik serta dia menjadi pemain yang lebih baik buat dirinya terhadap pasukan.”

”Kemudiannya dia ke Liga Perdana Inggeris untuk bersama Southamtpon, sekali lagi, liga sukar, lebih baik berbanding Liga Scotland, dikelilkingi pemain hebat, juga yang berhadapan dengannya.”

Embed from Getty Images

”Sudah tentu, itu adalah perkembangan hebat buatnya dan saya memberitahu kepada anda tentang dia, bagaimana dia sebagai seorang pemain.”

”Dan ketika ini dia di Liverpool, satu langkah besar, kelab besar dan memiliki ramai pemain berkualiti. Dia adalah pemimpin bagi kelab tersebut tetapi sudah tentu rakan sepasukannya turut membantu dirinya.”

”Ia merupakan satu kombinasi yang cukup baik dan ia bagus untuk melihat dia turut cemerlang ketika bersama skuad kebangsaan,” ujar Stam lagi.

Menyertai Liverpool pada pertengahan musim 2017/18, Van Dijk pantas memberikan sumbangan positif apabila memainkan peranan penting sebagai nadi utama di jentera pertahanan The Reds.

Ia turut dibuktikan dengan penampilan Liverpool di perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah pada musim tersebut walaupun Liverpool tumpas di tangan Real Madrid.

Musim lalu, skuad kendalian Jurgen Klopp itu sekali lagi ke pentas akhir dan aksi di Wanda Metropolitano memihak mereka setelah berjaya menjulang trofi paling berprestij di Eropah tersebut susulan kemenangan 2-0 ke atas Tottenham Hotspur.

Kempen 2019/20 pula memberikan isyarat jelas bahawa jentera pertahanan yang dikepalai Van Dijk bersama rakan sepasukannya seperti Trent Alexander-Arnold, Andrew Robertson, Joe Gomez , Joel Matip serta Dejan Lovren dan ditambah pula dengan kekentalan Alisson Becker telah mengukuhkan kubu pasukan tersebut.

Kredit featured image: Clive Brunskill/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Virgil Van Dijk:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN