Stadium Sultan Ibrahim Dirasmikan Penuh Gilang-Gemilang

Stadium Sultan Ibrahim

Juara Liga Super Malaysia enam musim berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar satu lagi dimensi baharu dalam lanskap bola sepak tanah air selepas ‘laman baharu’ kelab tersebut, Stadium Sultan Ibrahim telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sebentar tadi.

Majlis penuh gilang-gemilang itu turut diserikan dengan paparan ‘Virtual Reality’, memperlihatkan kewujudan dua ekor harimau yang seakan-akan berada di atas bumbung Stadium Sultan Ibrahim.

Selain itu, antara tarikan utama bagi majlis ini adalah kehadiran penyanyi antarabangsa terkenal, Leona Lewis.

Dua artis kelahiran Johor, Ayai Illusi dan Akim turut memeriahkan lagi suasana apabila menyampai beberapa buah lagu.

Tersergam indah di daerah Iskandar Puteri, Stadium Sultan Ibrahim pasti menjadi antara mercu tanda kegemilangan bola sepak JDT yang dirintis Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja.

Pembinaan stadium berkapasiti 35,000 penonton itu bermula pada 2016 dan selepas empat tahun, laman baharu itu sudah bersedia untuk menanti kunjungan Kedah bagi aksi Piala Sumbangsih pada 28 Februari ini.

Menarik untuk diperkatakan adalah Stadium Sultan Ismail menjadi satu-satunya stadium di Malaysia yang menggunakan rumput asli (Zeon Zoysia) dengan penyelenggaraan rapi oleh pakar kelahiran Jepun.

Dalam pada itu, stadium ini juga turut dilengkapi lampu sorot LED moden serta lampu bangunan pelbagai ritma dan warna yang mampu membuatkan pengunjung terpesona.

Untuk makluman, Stadium Sultan Ibrahim turut memiliki lapan buah bilik korporat yang bertema khas untuk memenuhi pelbagai keperluan hospitaliti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN