Stadium Darul Makmur Masih Tunggu Status Layak Diduduki

stadium darul makmur pahang

Penantian kini menjadi satu perkara yang bermain buat pengurusan Stadium Darul Makmur apabila mereka sedang menantikan pengesahan sijil layak menduduki atau CF.

Dalam laporan Harian Metro, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah pun memberikan bantuan kepada pihak pengurusan Stadium Darul Makmur dalam usaha mereka mendapatkan sijil tersebut.

Kata timbalan pengarahnya bagi negeri Pahang, Zahar Abdullah berkata pihaknya mengatakan Stadium Darul Makmur tidak punyai banyak masalah untuk mendapatkan taraf CF itu.

“Risiko kebakaran di stadium ini tidaklah tinggi kerana struktur bangunan ini mempunyai banyak laluan keluar.”

“Kami sedia membantu pengurusan Stadium Darul Makmur untuk dapatkan sijil pematuhan kod atau CCC bagi membolehkan stadium ini memperoleh taraf CF. Aspek keselematan ketika kebakaran wajib dipatuhi bagi membolehkan stadium memperoleh taraf tersebut.”

Dilaporkan, pihak pengurusan Stadium Darul Makmur telah bertemu dengan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada tahun lalu dalam usaha untuk memperoleh taraf tersebut.

Sebanyak RM 100,000 telah diperuntukkan oleh kerajaan Pahang bagi membolehkan pengurusan stadium menambahbaik ciri-ciri keselamatan yang ada pada Stadium Darul Makmur.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN