Sri Pahang Kibar Bendera Putih, Sedar Pasukan Tidak Gah Seperti Dahulu

Kerjasama Semuanya BOLA

Thomas Dooley Sri Pahang 2021 bendera putih

Pengendali Sri Pahang, Thomas Dooley sedar kemampuan pasukannya apabila tidak mensasarkan kejuaraan Liga Super, tetapi fokus memperbaiki kedudukan musim lalu.

Menurut lagi, Sri Pahang tidak gah seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah ataupun Selangor dalam berbelanja dan ini memberi kesan terhadap barisan pemain yang mampu dikumpulkannya untuk menghadapi saingan musim depan.

Musim lalu, skuad Tok Gajah hanya mampu menutup tirai saingan liga di kedudukan ke-8, terburuk sejak 2016. Dan dengan kekangan kewangan yang berlaku ketika ini, Thomas Dooley tidak mahu meletakkan sasaran terlalu tinggi terhadap pasukannya.

Jadual Liga Super dah keluar. Agak-agak siapa bakal juara musim 2021 ya? 🤔🤔 Susahnya soalan ni. Ramalan anda?Jadual…

Posted by ROTP on Friday, February 19, 2021

Adakah terlalu awal Sri Pahang mengibar bendera putih? Namun, berdasarkan apa yang dijelaskannya, mungkin ada benar itu adalah sasaran realistik mereka kali ini.

Katanya kepada New Straits Times, “Kami tidak berbelanja seperti JDT, Kedah ataupun Selangor, yang mana memiliki sejumlah pemain yang bagus. Saya ada senarai [pemain yang diintai]. Saya menonton beberapa perlawanan dan mengesan beberapa pemain yang bagus, tetapi kemudian, saya gagal untuk mendapatkan mereka.”

“Kami juga kehilangan tiga atau empat pemain utama yang seboleh-bolehnya kami mahu kekalkan untuk musim baharu. Kami bukan pasukan pilihan, tetapi kami mahu berada di kedudukan ke-3 atau ke-4, tetapi adakah ia suatu sasaran yang realistik?”

“Di atas kertas, pasukan kami cumalah ‘underdog’ yang akan cuba mengganggu pasukan-pasukan lain, tetapi ia bukan mudah. Kami mahu beraksi lebih baik dan cemerlang berbanding musim lalu. Musim lalu kami berada di kedudukan ke-8, jadi ayuh kita panjat sedikit [kedudukan itu],” ujar pengendali yang kini berusia 59 tahun.

Untuk musim ini, Sri Pahang dilihat bakal mempertaruhkan dua penyerang import di jentera depan dan ia tidak akan melibatkan pemain baharu, Sergio Aguero yang menurut Thomas Dooley, hanya mampu memanaskan bangku simpanan jika kekal.

Mereka telah mendapatkan bekas pemain import PJ City, Pedro Henrique dan pemain import di Liga 1 Indonesia bersama PSS Sleman, Yevhen Bokhashvili. Jentera tengah bakal dikemudi oleh Lee Tuck, sementara di benteng, mereka telah ‘memasak’ dua bek tengah tinggi lampai dari Perancis, Herold Goulon dan Mamadou Wague.

Namun seperti kata Thomas Dooley, barisan pemain utama dan kedua mereka bagai langit dan bumi, jauh perbezaan dan mungkin sedikit sukar buat mereka nanti. Jelasnya, “Terdapat jurang antara barisan pemain utama dan kedua kami.”

Untuk itu, mungkin Sri Pahang awal-awal mengibarkan bendera putih yang mereka tidak akan terlibat dalam perebutan kejuaraan musim depan. Berdasarkan apa yang ada di tangannya saat ini, itulah sasaran realistik buat Tok Gajah nanti.

KREDIT FEATURED IMAGE: INSTAGRAM THOMAS DOOLEY

Baca lagi artikel lain mengenai Thomas Dooley dan Sri Pahang:

Adakah Thomas Dooley Bawa Sistem Data Analisis Ke Sri Pahang?

Thomas Dooley Jelaskan Situasi ‘Kekok’ Sri Pahang Sisihkan Sergio Aguero

Sri Pahang Bawa Masuk Zarif Irfan Sebagai Pencabar Helmi Eliza?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply