Spurs Tak Minat Guna, Barcelona Nak Beli Ryan Sessegnon

Ryan Sessegnon Tottenham Hotspur Barcelona

Sebenarnya pada dua tahun lepas, pasukan pencari bakat Barcelona pernah menonton aksi Ryan Sessegnon ketika perlawanan akhir play-off Liga Kejuaraan musim 2017/18 yang membawa Fulham kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris.

Sejak hari itu, pasukan gergasi Sepanyol itu telah mengikuti rapat perkembangan pemain berusia 20 tahun itu walaupun telah menyertai Tottenham Hotspur pada musim panas tahun lepas.

Namun selepas menempuh musim yang agak mengecewakan bersama kelab utara London tersebut, Barcelona kini kembali menghadirkan minat untuk membawa Sessegnon ke Nou Camp untuk memastikan potensinya terus berkembang.

Sebelum ini dilaporkan Barcelona ada menawarkan beberapa pemain seperti Nelson Semedo dan Samuel Umtiti bagi mendapatkan pemain termahal Spurs, Tanguy Ndombele, namun Jose Mourinho bertegas tidak mahu melepaskan pemain tengah Perancis itu.

Bagaimanapun, media Sepanyol percaya Barcelona tidak akan meneruskan usaha tersebut selepas berjaya mendapatkan Miralem Pjanic dari Juventus dan sudah pun memiliki Frenkie de Jong dan Arturo Vidal untuk mengemudi bahagian tengah.

Posisi yang agak kritikal ketika ini buat skuad The Blaugrana itu adalah pertahanan kiri sebagai sokongan kepada Jordi Alba yang sudah semakin berusia dan tidak lagi ‘selincah’ dahulu. Barcelona memerlukan pemain pelapis untuk jangka masa panjang.

Sessegnon yang menyertai Spurs dengan nilai £25 juta agak bergelut untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama sama ada ketika masih di bawah kendalian Mauricio Pochettino mahupun selepas Mourinho mengambil alih pasukan.

Musim ini beliau cuma beraksi 12 perlawanan dalam semua pertandingan, jauh berbeza dengan statistik ketika musim pertamanya di EPL bersama Fulham pada musim 2018/19 dengan beraksi dalam 35 perlawanan liga.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Barcelona:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN