EPL 2019/20: Tottenham Keciciran Mata Lagi, Dihadiahkan Gol Yang VAR Kata ‘No Goal’

Iklan

Jaringan lewat Deli Alli yang disahkan VAR menyelamatkan Tottenham Hotspur dari dimalukan dengan kekalahan kelima dalam enam perlawanan. Keputusan 1-1 itu juga menafikan kemenangan pertama Watford dalam saigan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Dengan pasukan tuan rumah terdesak untuk bangkit dari prestasi terumbang-ambing, kesilapan Ben Foster yang gagal menangkap bola dengan kemas membolehkan Dele Alli menahan bola dengan bahunya sebelum menyumbat gol penyamaan buat Spurs.

Kredit Foto: FGFootball

Pengadil kemudian membuat semakan melalui VAR untuk menilai sama ada Alli menggunakan tangannya untuk menahan bola. Tuan rumah lega apabila gol itu disahkan tetapi berlaku kekeliruan apabila skrin besar di stadium memaparkan keputusan ‘no goal’.

Dalam perlawanan ini juga, Watford kehilangan Danny Welback yang dikeluarkan seawal minit keempat berikutan masalah kecederaan otot peha.

Bekas penyerang Arsenal itu digantikan dengan Abdoulaye Doucoure yang memerlukan hanya dua minit selepas dimasukkan untuk menjaringkan gol pertama pasukan pelawat hasil hantaran lintang Daryl Janmaat.

Gol pendahuluan itu hanya mampu bertahan selama 80 dan penantian mereka untuk meraih kemenangan pertama gagal direalisasikan dengan The Hornets kekal menghuni dasar liga.

Penggunaan teknologi VAR sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas Watford dinafikan sepakan penalti sedangkan pengurusnya, Quique Sanchez Flores percaya ianya jelas pemainnya dijatuhkan dalam kotak penalti.

Kemudian satu lagi semakan VAR seakan-akan memihak kepada Watford selepas skrin besar menulis ‘no goal’ untuk gol penyamaan Alli sekalipun pengadil, Chris Kavanagh telah menunjukkan isyarat gol.

Syarikat pembekal teknologi tersebut telah membuat permohonan maaf kepada kedua-dua kelab selepas perlawanan kerana kesilapan infografik tersebut.

Dalam peraturan baru, pemain tidak dibenarkan menyentuh bola dengan lengah sebelum menjaringkan gol sekalipun dalam keadaan tidak sengaja. Namun pengadil melihat Alli mengawal bola dengan bahunya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram