Dikritik Kerana Respon ‘Dildo Brothers’ Kepada West Ham, Sporting Lisbon Beri Penjelasan

Penyokong West Ham dan beberapa pihak kurang senang dengan cara Presiden Sporting Lisbon ke atas bidaan West Ham United kepada William Carvalho.

Sudah menjadi kebiasaan untuk mana-mana kelab membida pemain pada jendela perpindahan. Namun respon daripada Presiden Sporting dianggap tidak profesional.

Presiden Sporting Lisbon, Bruno de Carvalho dengan emosi melabel pemilik bersama West Ham, David Sullivan dan David Gold sebagai adik beradik dildo. Dalam erti kata lain, mereka berdua sedang menikmati fantasi seorang diri atau syok sendiri.

Sullivan sebelum ini menyatakan bidaan untuk William Carvalho sudah diterima namun ada parasit dan penipu yang merosakkan perjanjian itu iaitu Pengarah Sukan Sporting Lisbon.

Sullivan memberitahu, Pengarah Sukan Sporting Lisbon tidak memberikan masa yang cukup kepada William Carvalho untuk prosedur medikal. Inilah sebab utama perjanjian itu gagal.

Sullivan mengeluarkan kenyataan emosi itu selepas Sporting Lisbon menyatakan mereka tidak ada menerima sebarang bidaan untuk mana-mana pemain mereka daripada West Ham United.

West Ham dilaporkan akan mengambil tindakan perundangan kepada Sporting Lisbon. Hal itu di-tweet sendiri oleh anak Pengerusi West Ham.

Kenyataan itu menyebut yang West Ham meminta ganti rugi kerana Sporting Lisbon menggagalkan perjanjian itu selepas menerima bidaan.

Bercakap kepada Sporting TV, Presiden mereka jelas di menyokong tindakan Pengarah Sukan mereka. Bruno berkata:

“Mana buktinya?”

West Ham menyatakan mereka ada bukti yang bidaan sudah dihantar dan diterima. Akhirnya Sporting Lisbon mengeluarkan 2 helaian cetakan e-mail yang berkaitan dengan William Carvalho.

Ini adalah kandungan e-mail pada 10 Ogos:

Kandungan surat ini memang jelas menunjukkan yang bidaan untuk harga asas serta bonus untuk William Carvalho diterima dan bayaran ansuran pemain tersebut dilakukan dalam 24 bulan.

Namun Sporting Lisbon tidak berpuas hati dengan surat pada 11 Ogos di mana, klausa bonus yang diletakkan oleh West Ham sebenarnya merujuk kepada:

1. West Ham United layak ke UCL

2. William Carvalho bermain 85% dalam musim 2017/18

Sebelum itu, syarat bonus itu tidak dinyatakan dalam surat pada 10 Ogos. West Ham turut meminta Sporting membalas surat itu segera ataupun mereka pergi meminjam pemain PSG.

Secara asasnya, Sporting telah meletakkan harga yang rendah untuk William Carvalho.

Apa yang sukar diterima Sporting Lisbon adalah, West Ham memasukkan klausa yang dianggap tidak munasabah oleh Sporting iaitu klausa layak ke UCL.

Inilah sebab kenapa Sporting Lisbon menghalang perpindahan William Carvalho ke West Ham United.

Sumber

Telegraph – http://www.telegraph.co.uk/football/2017/09/06/sporting-lisbon-president-fuels-war-words-calling-west-ham-owners/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN