Spasojevic Kekal Bersama Melaka United, Amri Yahyah Sah Ke Selangor

Para pemain import Melaka United musim ini dikatakan beraksi di bawah par. Oleh kerana ini, pihak pengurusan telah mula merasakan beberapa nama harus disingkirkan dari pasukan.

Namun begitu, pihak Melaka United telah tampil memberikan keadaan terkini mengenai skuad mereka.

Spasojevic kekal

Menurut pengurus mereka iaitu Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata yang penyerang utama mereka iaitu Ilija Spasojevic akan dikekalkan buat masa ini dalam skuad Melaka United.

Penurunan prestasi beliau musim ini sungguh ketara berbanding persembahan cemerlang beliau ketika Melaka United berada di Liga Perdana musim lalu.

Selain dari Spasojevic, pemain pertahanan Jeon Woo Young juga bakal dikekalkan oleh pasukan Melaka United.

KELANTAN : Melaka Player Ilijia Spasojevic (9) celebrates after scored 1st goal during Malaysia Super League match 2017 between Kelantan and Melaka on 21 February 2017 at Sultan Mohd IV Stadium. Photo by Hazmin Hussin / www.asiana.my

Melaka United telah menandatangani pemain dari Macedonia iaitu Jasmin Mecinović untuk membantu bahagian pertahanan.

Dalam masa yang sama Yusoff juga telah mengumumkan pemergian Amri Yahyah dari skuad Melaka United.

Ia juga telah disahkan oleh laman rasmi FA Selangor sendiri.

RASMI – Bagai sirih pulang ke gagang. Secara rasminya, Amri Yahyah akan kembali menyarung jersi Merah Kuning pada tempoh…

Posted by FA Selangor on Tuesday, May 16, 2017

3 diuji

Selain itu, Melaka United juga dalam usaha menguji seorang pemain import dan juga 2 pemain JDT II untuk dijadikan pemain pinjaman mereka.

Felipe Almeida De Souza yang merupakan pemain tengah kini dalam tempoh percubaan dan menunggu sama ada Eric Williams mahu mendapatkan beliau atau tidak.

Selain itu, dua pemain JDT II juga berada dalam pemilihan ketika ini.

Nicolas Ryan Swirad dan Jordan Yong juga sedang menjalani pemilihan dengan Melaka United.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram