Spalletti Tidak Risau Keadaan Padang Teruk, Tekad Tumbangkan Tottenham Di Wembley

Luciano Spalletti telah menunggu selama bertahun lamanya untuk ‘perlawanan penting’ sebegini, dan berharap Inter Milan telah bersedia sebaik mungkin untuk berhadapan dengan Tottenham Hotspur pagi nanti.

Perlawanan di antara Tottenham dan Inter Milan akan berlangsung di Stadium Wembley – gelanggang sementara Spurs, yang turut mendapat komen negatif Spalletti.

Photo by Marco Canoniero/LightRocket via Getty Images)
Kualiti padang Wembley

“Perasaan beraksi di saingan UEFA Champions League adalah unik. Kami telah menantikan bertahun lamanya untuk beraksi di pertandingan ini, dan harus bersedia sebaik mungkin untuk mendapatkan keputusan positif,” ujar Spalletti kepada Sky Sports Italia.

“Semua orang juga tahu betapa prestij berpeluang beraksi di Wembley. Ia bagaikan salah satu monumen dunia di dalam bola sepak. Kami beraksi di hadapan 65,000 penonton setiap minggu di San Siro. Kerana itu kami sepatutnya sudah bersedia untuk cabaran di sana.

“Jika ada suara tidak menyenangkan mengenai venue, anda juga akan tertanya-tanya jika ianya akan memberi masalah kepada Inter. Hakikatnya padang yang tidak berada di dalam keadaan akan memberi masalah kepada kami, ia juga akan memberi masalah sama kepada Spurs.

Komen mengenai cabaran Tottenham

Spurs tidak bermula dengan baik di dalam kempen UEFA Champions League pada musim ini, namun kini mulai mengumpul keyakinan terutama selepas menewaskan Chelsea kendalian Maurizio Sarri pada hujung minggu lalu.

“Saya membandingkan kekuatan Tottenham dengan Barcelona. Kami mengetahui dari hari pertama undian dilakukan bahawa Inter akan berhadapan dengan salah sebuah pasukan gergasi. Kami memiliki peluang untuk menewaskan mereka, dan cabaran sebeginilah yang kami mahukan.

“Inter memiliki identiti tersendiri dan kami tidak perlu mengubah cara ami bermain hanya kerana perlawanan ini. Prestasi Inter juga menunjukkan peningkatan dari segi fokus dalam permainan, dan kami memiliki individu [pemain] yang mampu mengubah perlawanan,” jelas Spalletti lagi.

(Photo by Matteo Ciambelli/NurPhoto via Getty Images)
Perlawanan penting

Perlawanan membabitkan Inter Milan dan Tottenham Hotspur diibaratkan perlawanan di antara hidup dan mati buat kedua-dua pasukan di dalam saingan Kumpulan B.

Tatkala Barcelona dilihat bakal mengesahkan kemaraan, Inter memiliki sedikit kelebihan kerana hanya memerlukan keputusan seri di Wembley untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati.

Buat anak buah Mauricio Pochettino, hanya kemenangan mampu menghidupkan saki baki perjuangan untuk melepasi saingan peringkat kumpulan. Inter menewaskan Tottenham 2-1 dalam perlawanan pertama di San Siro pada September lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN