Spalletti Dedahkan Icardi Tidak Raikan Kemenangan Bersama Rakan-Rakan

Luciano Spalletti kecewa dengan sikap Mauro Icardi yang enggan meraikan kemenangan bersama rakan-rakannya di bilik persalinan selepas Inter menang ke atas Sampdoria.

Icardi dilucutkan jawatan kapten dan digantikan oleh Samir Handanovic. Icardi berhadapan dengan konflik dalam rundingan kontrak baharu beliau di San Siro. Icardi diwakili oleh isteri dan juga ejen beliau Wanda Nara dikatakan telah membuatkan rundingan menjadi rumit.

Real Madrid juga dilaporkan menamatkan minat ke atas Icardi kerana sikap isterinya itu. Icardi hanya menjadi penonton ketika aksi di antara Inter Milan menentang Sampdoria. Perlawanan penting dalam usaha Inter mengejar misi ke UCL musim hadapan.

Laporan di Itali menyatakan sebelum ini Icardi menolak untuk bermain dalam perlawanan menentang Rapid Vienna. Dan beliau tidak bermain dalam aksi menentang kelab lama Icardi – Sampdoria – kerana dilaporkan ada kecederaan di lutut.

CEO Inter Milan – Giuseppe Marotta – mengesahkan rundingan dengan Icardi berhubung dengan kontrak baharu masih berjalan walaupun kini Inter Milan berhadapan dengan isu konflik hubungan dengan penyerang handalan mereka itu.

Inter Milan menang 2-1 ke atas Sampdoria, hasil haringan Ambrossio dan Radja Nainggolan.

Spalletti mengakui beliau lega kerana Icardi masih sanggup untuk datang ke stadium menyaksikan rakan-rakan beliau bermain.

Namun Spalletti agak kecewa kerana Icardi tidak datang ke bilik persalinan untuk meraikan kemenangan bersama rakan-rakannya. Spalletti berkata: “Saya sangat menghargaai beliau berada di stadium. Namun saya akan lebih menghargai jika beliau datang ke bilik persalinan untuk meraikan kemenangan dengan kami.”

“Hal ini ini kerana kemenangan ini sangat penting. Beliau sebahagian daripada kumpulan ini, jadi bayangkan jika beliau gembira dengan kemenangan yang kami capai.”

Spalletti berharap kemelut yang melanda bilik persalinan Inter akan berakhir dan mereka kembali normal.

“Kami mahu kembali normal seperti dahulu, di dalam pasukan ini, di bilik persalinan. Apa yang kamu perlukan adalah bekerja ke satu arah yang sama.”

Spalletti sebelum ini pernah tidak sehaluan dengan legenda AS Roma – Francesco Totti, namun beliau menganggap situasi dengan Icardi ini berbeza.

Spalletti mengucapkan terima kasih kepada penyokong di atas sokongan padu mereka terytama sekali selepas diikat pihak lawan. Ianya memberikan kekuatan kepada Inter dan akhirnya mereka menang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN