Southgate Mahu Pemain England Lebih Profesional, Jadi Model Ikutan Buat Semua

Southgate England

Pengurus skuad kebangsaan England, Gareth Southgate memberikan peringatan jelas kepada barisan pemainnya supaya menyedari status mereka sebagai individu terkenal dan mempamerkan sifat terpuji agar dapat menjadi model ikutan buat rakyat negara tersebut.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kem England dicemari dengan insiden memalukan melibatkan aktiviti di luar padang pemain mereka seperti kes Phil Foden dan Mason Greenwood yang melanggar peraturan serta garis panduan kuarantin di Iceland dengan membawa pulang wanita ke hotel.

Selain itu, Harry Maguire turut mencuri tumpuan setelah beliau didakwa menumbuk pegawai polis dan cuba untuk memberi rasuah ketika bercuti di Pulau Mykonos, Greece.

Memandangkan anak buahnya merupakan barisan pemain profesional, Southgate tidak mahu menetapkan peraturan ketat terhadap isu disiplin pemain skuad kebangsaan tetapi beliau mahu mereka menyedari hakikat itu dan bertindak sebagai seorang duta yang baik kepada semua.

”Saya berfikir setiap kelab mahu meminimumkan masalah dalam kalangan pemain mereka,” ujar Southgate menurut laporan Goal.

”Untuk tahap yang lebih luas, saya menyebut tanggungjawab untuk menjadi pemain skuad kebangsaan England. Ia menunjukkan perubahan pada lanskap buat setiap pemain yang terlibat dengan kami.”

”Kami mahu negara ini berhubung dengan pasukan kami, berbangga dengan pasukan dan mereka [pemain England] merupakan duta besar yang baik untuk segala yang kami cuba untuk lakukan.”

”Kebolehpercayaan merupakan sebahagian daripada kriterianya. Saya tidak mahu untuk mengatakan ia adalah garis batasan dan di mana sesiapa yang melanggarkannya kami tidak akan bertoleransi.”

”Tetapi kami akan sentiasa memantau bagaimana profesionalnya mereka dan bagaimana sekiranya mereka jauh bersama kami pada 35 hingga 40 hari.”

”Semua itu harus untuk difikirkan,” tambah Southgate lagi.

Kredit featured image: Julian Finney/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Gareth Southgate dan England:

Gareth Southgate Serba Salah Nak Ketepikan Maguire

Kepercayaan Gareth Southgate Terhadap Foden & Greenwood Kini Hilang

‘Dia Akan Bangkit Jadi Lebih Baik’ – Southgate Tetap Pertahan Maguire

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN