Sonny Bill Williams Ikut Jejak Ozil Kritik Penindasan Etnik Uyghur

Bekas bintang ragbi All Blacks, Sonny Bill Williams telah mengikut jejak pemain Arsenal, Mesut Ozil dengan memberikan sokongan terbuka kepada komuniti etnik Muslim Uyghur menerusi akan media sosialnya.

Pemain ragbi berusia 34 tahun itu mengumumkan perasaraannya bersama skuad New Zealand selepas berakhirnya Piala Dunia Ragbi 2019 di Jepun dan menyertai kelab ragbi Kanada, Toronto Wolfpack pada bulan lepas.

Sonny yang memeluk agama Islam pada 2009 kerap menggunakan akaun media sosialnya untuk menyuarakan isu-isu sosial termasuk isu perkauman dan keadilan. Pada Isnin, beliau telah mengkritik tekanan pihak berkuasa China kepada masyarakat Uyghur.

Menurut beliau, kerajaan China lebih memilih kepentingan ekonomi berbanding membela hak kemanusiaan yang sepatutnya dinikmati oleh setiap individu di negara berkenaan.

Sebelum ini, Ozil telah menimbulkan kontroversi selepas hantarannya dalam akaun media sosial miliknya mengecam penindasan ke atas etnik minoriti Uyghur.

Masyarakat Uyghur secara etnik merupakan orang Muslim Turki yang tinggal di wilayah Xinjiang, bahagian barat China. Xinjiang telah menjadi wilayah autonomi seperti Tibet di bahagian selatan negara tersebut.

Menurut beberapa dokumen yang dibocorkan pihak tertentu, para tahanan telah dikurung, didoktrin dan dihukum. Kelompok pejuang hak asasi manusia mengatakan mereka yang ditahan dalam ke telah dipaksa untuk mempelajari bahasa Mandarin dan dipaksa bersumpah untuk taat setia kepada Presiden China, Xi Jinping.

Namun pemerintah China memaklumkan kem-kem tersebut bertujuan untuk melawan ekstrimisme dan ianya dihuni oleh masyarakat Uyghur secara sukarela dan diberikan pendidikan dan latihan.

Kredit Foto: Sonny Bill Williams

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram