Son Heung-min Tamatkan Latihan Ketenteraan Sebagai Pelatih Terbaik

Son Heung-min

Penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min telah berjaya menamatkan latihan asas Ketenteraan selama tiga minggu di negara kelahirannya, Korea Selatan. Malah beliau telah menerima anugerah pelatih terbaik daripada 157 pelatih, lapor agensi berita Yonhap.

Semua lelaki di Korea Selatan wajib menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun, tetapi mana-mana atlit yang memenangi pingat emas Sukan Asia atau sebarang pingat di Sukan Olimpik akan mendapat pengecualian dan hanya perlu menjalani latihan singkat sahaja.

Son yang membantu negaranya meraih pingat emas Sukan Asia 2018 dalam acara bola sepak sekalipun pasukannya tewas kepada Malaysia di peringkat kumpulan. Selepas tamat latihan ini, pemain berusia 27 tahun itu masih perlu melengkapkan 544 jam program khidmat komuniti dalam tempoh 34 bulan akan datang.

“Dia menerima anugerah ‘Pilsung’ yang merupakan salah satu daripada lima anugerah untuk pelatih terbaik,” kata seorang pegawai unit Tentera Marin di selatan Pulau Jeju.

“Son yang dikuarantin selama dua minggu sejurus tiba di Seoul dari London pada penghujung Mac lalu, telah menamatkan latihan tersebut ketika saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ditanggguhkan susulan pandemik COVID-19.

Pemain tersebut sebelum ini direhatkan selepas mendapat kecederaan keretakan tangan sewaktu perlawanan menentang Aston Villa pada 16 Februari lalu.

Kredit Foto: TODAYonline

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Son Heung-min:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply