Son Heung Min Sangat Sedih, Everton Sahkan Gomes Akan Dibedah

Everton dan Tottenham Hostpur terikat 1-1 dalam aksi EPL yang berlangsung semalam. Namun perlawanan tersebut dibayangi oleh kecederaan ngeri melibatkan Andre Gomes.

Pada minit ke-79, Son Heung Min melakukan bentesan ke atas Andre Gomes, namun bentesan itu bukanlah keras. Gomes terjatuh dan bertembung dengan Serge Aurier yang membuatkan kaki beliau patah.

Son Heung Min dilayangkan kad merah. Walaupun ramai yang mempertikaikan kad merah itu, Son Heung Min tidak membantahnya dan terus beredar.

Awalnya, Son diberikan kad kuning. Namun Martin Atkinson melihat kecederaan serius Andre Gomes, Son kemudian dilayangkan kad merah.

Song Heung Min menangis melihat keadaan Andre Gomes dan beliau merasa bersalah kerana insiden itu.

Kedaaan itu berlaku dengan sangat pantas. Dan sudah pastinya bentesan Son itu bukan tipikal yang berniat untuk memudaratkan. Cuma insiden itu berlaku dalam keadaan yang tidak dijangka.

https://twitter.com/i/status/1191066813708328960

Premier League dalam kenyataan mereka selepas insiden itu menyatakan, tindakan Martin Atkinson itu tepat kerana bentesan oleh Son telah mendedahkan Andre Gomes kepada bahaya.

Dele Alli mendedahkan, Son Heung Min sangat sedih dengan apa yang menimpa Gomes. “Son sangat sedih dan menangis walaupun itu bukan salah beliau. Son salah seorang insan yang paling baik yang anda pernah kenal,” tegas Alli.

“Malah, selepas insiden itu, Son tak mampu nak memandang ke tempat lain, dan hanya menangis dengan banyak sekali.”

Dalam aksi yang berlangsung di Goodison Park, Tottenham di hadapan menerusi jaringan minit ke-63 oleh Dele Alli.

Namun Cenk Tosun menyamakan kedudukan pada masa kecederaan 90+7′.

Selepas tamat aksi, Everton mengesahkan pemain tengah mereka itu mengalami kecederaan serius dan akan menjalani pembedahan pada 4 November 2019.

Cenk Tosun menyatakan kesemua pemain sangat sedih dan hampir menangis. “Beliau [Son Heung Min] sangat terkejut, dia menjerit dan menangis. Saya menenangkannya.”

Andre Silva pula yakin Andre Gomes akan kembali semula dengan lebih kuat selepas ini.

“Ianya detik sukar kepada Andre di atas apa yang menimpa beliau. Lupakan dahulu perlawanan dan keputusannya.”

“Pemain-pemain kami sedang sugul. Detik sukar untuk kami semua di bilik persalinan, begitu juga dengan Andre. Namun semangat kami selepas insiden itu adalah jawapan terbaik kepada kamu.”

“Saya harus bercakap adil. Ya itu satu bentesan keras namun saya 100 peratus yakin Son tidak berniat jahat kepada Andre.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN