Solskjaer: Terlalu Awal Nak Bercakap Tentang Peluang Juarai EPL

Manchester United Solskjaer EPL

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer enggan dibuai dengan mimpi indah selepas skuad bimbingannya melonjak ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 berikutan kemenangan penting 1-0 dicatatkan ketika bertemu Wolves, awal pagi tadi.

Momentum cemerlang ditampilkan barisan pemain The Red Devils pastinya mengukirkan senyuman buat para penyokong kelab tersebut dan keadaan itu memberikan gambaran jelas bahawa Manchester United mampu untuk bergelar juara liga selepas kali terakhir memenanginya pada musim 2012/13.

Kemenangan itu juga menyaksikan Manchester United mengekalkan rekod tanpa kalah pada sembilan perlawanan liga di mana mereka menang tujuh perlawanan dan seri ketika bertemu Manchester City dan Leicester City.

Solskjaer bagaimanapun melihat masih terlalu awal untuk memperkatakan tentang peluang buat United untuk menamatkan penantian panjang itu. Pengurus terakhir yang menghadiahkan kejuaraan EPL buat kelab dari Manchester itu ialah Sir Alex Ferguson pada musim terakhirnya.

”Tidak ada pemburuan gelaran juara hanya selepas 15 perlawanan,” ujar Solskjaer menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Anda boleh kehilangan peluang untuk bersaing [menjadi juara] pada 10 perlawanan awal. Tetapi bermain lagi 15 perlawanan dan kemudiannya menuju 30, mungkin ketika itu kami boleh membicarakan tentang perebutan juara.”

”Tetapi, keyakinan kami ada di sana. Kami menghadapi setiap perlawanan dengan berfikiran kami mampu menewaskan sesiapapun dan di mana sahaja.”

”Kami telah menunjukkan apa yang kami mampu lakukan di gelanggang lawan, kami juga semakin meningkat di laman sendiri.”

”Kemenangan ini sangat penting untuk meningkatkan keyakinan dan sikap kami,” tambah pengendali kelahiran Norway itu lagi.

Lawan seterusnya yang bakal ditemui Harry Maguire dan rakan sepasukannya ialah Aston Villa pada awal pagi Sabtu ini di Old Trafford.

Kredit featured image: Laurence Griffiths/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Solskjaer dan EPL:

Solskjaer: Tak Seperti Zaman Ferguson, Kami Kini Sukar Untuk Juarai EPL

Manchester United Tidak Perlu Tunggu Sehingga 30 Tahun Untuk Juarai EPL – Solskjaer

‘Bukan Keutamaan Saya’ – Solskjaer Enggan Fikir Mengenai Kontrak Baharu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN