Solskjaer: Sanchez Akan Beraksi Lebih Kerap Dari Yang Semua Fikirkan

Alexis Sanchez mahu terus kekal bersama Manchester United, walaupun terdapat desas desus beliau akan meninggalkan Old Trafford bulan ini, jelas pengurus Ole Gunnar Solskjaer.

Sanchez gagal menyerlahkan kemampuan dirinya seperti ketika bersama Barcelona atau pun Arsenal sejak berhijrah ke Old Trafford pada Januari 2018 – menjaringkan lima gol dari 45 perlawanan setakat ini.

Malah nama beliau tidak berada di dalam senarai skuad United yang beraksi menentang Chelsea pada hujung minggu lalu, dan beberapa laporan media antarabangsa berkata pemain itu akan meninggalkan England selewat-lewatnya pada awal September.

Namun demikian Solskjaer menafikan khabar angin tersebut dan berkata:

“Alexis [Sanchez] adalah seorang profesional. Beliau datang untuk bekerja keras setiap hari, sangat keras. Ini kerana beliau mahu menjadi sebahagian daripada [projek pasukan] ini.


“Cerita mengatakan beliau berlatih bersama pasukan simpanan – ianya tidak pernah berlaku. Beliau adalah sebahagian daripada pemain skuad utama dan merupakan pemain yang sangat baik. Beliau berada [tahap kecergasan] beberapa minggu di belakang berbanding pemain lain, tetapi sangat hampir untuk bersama yang lain.

“Pasukan ini tidak mempunyai ramai pemain di bahagian serangan. Maka Alexis akan beraksi di lebih banyak perlawanan daripada yang anda fikirkan. Sudah tentu kami mengharapkan [Sanchez] kembali mencapai aksi sepatutnya kerana beliau mempunyai kualiti,” jelas Solskjaer dalam sidang media menjelang perlawanan menentang Wolves Isnin hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN