Solskjaer: Pogba, Fernandes Mampu Bentuk Gandingan Mantap

Solskjaer

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer yakin bahawa Paul Pogba mampu untuk membentuk gandingan mantap bersama Bruno Fernandes di jentera tengah skuad The Red Devils.

Pogba yang sebelum ini menjadi sandaran utama Manchester United sejak kembali semula pada musim 2016/17 melalui kempen yang muram apabila kecederaan panjang memaksanya melupakan hampir sebahagian besar aksi musim ini.

Bagaimanapun, kehadiran Bruno Fernandes pada jendela perpindahan musim sejuk lalu yang pantas memberikan impak positif, ia sedikit sebanyak membuatkan penyokong United seperti tidak merasai kehilangannya.

Bagi pengendali kelahiran Norway itu, beliau melihat kedua-dua nama besar itu mampu untuk bergandingan dengan baik jika diturunkan bersama.

”Pemain yang baik boleh sentiasa beraksi bersama-sama, jadi sudah semestinya, mereka berdua mampu melakukannya.”

 

Embed from Getty Images

”Saya rasa itu satu perkara yang mengujakan. Kami mempunyai skuad yang menarik. Saya juga mempunyai Scott [McTominay], Fred dan Nemanja [Matic],” ujar Solskjaer menurut laporan yang dikeluarkan Goal.

”Masih terdapat banyak lagi perlawanan yang akan dihadapi dan saya pasti kami dapat mencari kombinasi terbaik di antara mereka semua.”

”Kami sudah pun membincangkan perkara ini dan kami tidak sabar untuk merealisasikannya.”

Selepas berakhir 29 perlawanan Liga Perdana Inggeris, Manchester United menduduki tangga kelima selepas mengumpul 45 mata hasil 12 kemenangan, sembilan keputusan seri dan lapan kekalahan sebelum aksi bola sepak hampir di seluruh dunia terpaksa dihentikan susulan penular wabak COVID-19.

Bagi saingan Liga Europa pula, United telah berjaya melayakkan diri ke peringkat 16 dan tidak berdepan masalah untuk menundukkan wakil Austria, LASK pada aksi pertama di gelanggang lawan dengan keputusan 5-0.

Kredit featured image: Clive Brunskill/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Manchester United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN