Solskjaer: Menang Banyak Piala Boleh Kekalkan Ramai Pemain Utama

Solskjaer

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui gelaran juara bakal menjadi faktor dalam mempengaruhi pemain-pemain utama seperti Paul Pogba untuk terus kekal bersama The Red Devils.

Hal ini kerana beliau amat mengerti bahawa pemain tengah kelahiran Perancis itu juga mempunyai mentaliti yang menginginkan  kejuaraan.

Selepas kembali menyarung jersi Manchester United pada musim 2016/17, Pogba hanya mampu menjulang trofi Liga Europa dan Piala Liga, kedua-duanya dimenangi pada musim tersebut. Selepas itu, beliau terus ketandusan sebarang kejuaraan.

Keadaan itu menyebabkan pelbagai spekulasi kedengaran berhubung masa depannya di Old Trafford dan Juventus serta Real Madrid sentiasa menjadi kelab yang dikaitkan dengannya sehingga ke hari ini.

Ejen beliau, Mino Raiola pula memburukkan lagi keadaan dengan mengatakan masa depan Pogba di Manchester United sudah berakhir dan berkemungkinan akan berhijrah pada jendela perpindahan musim panas [2021/22].

Solskjaer bagaimanapun melihat pemain tengah tersebut akan terus kekal bersama United sekiranya ada kejayaan yang dilakarkan kelab tersebut.

”Memang sentiasa menjadi tuntutan di Manchester United untuk memenangi trofi.”

”Dan lebih banyak anda memenangi trofi, lebih ramai pemain mahu untuk terus kekal bersama kami, kemudian anda perlu meletakkan standard yang lebih tinggi.”

”Ia [memenangi trofi] adalah tuntutan untuk para pemain, cabaran buat mereka di mana kami mahu mereka untuk terus meningkat dan menjadi lebih baik.”

”Paul [Pogba] telah berada di sini untuk beberapa waktu dan tentu sahaja dia mahu memenangi lebih banyak trofi. Dia memiliki sikap yang sangat baik untuk berlatih dan beraksi.”

”Dia menyayangi bola sepak, dia seorang yang bercita-cita tinggi, dia inginkan kejayaan – sama seperti yang dimahukan oleh pemain lain dalam skuad ini,” ujar Solskjaer menurut laporan Goal.

Kredit featured image: Robin Jones/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Manchester United:

Manchester United Kini Boleh Cabar Gelaran Premier League

Lewandowski Nyaris Sertai Manchester United Selepas Dipujuk Ferguson

Moises Caicedo: 5 Perkara Tentang Bintang Muda Ecuador Sasaran Manchester United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN