Solskjaer Mahu Man Utd Lupakan Kekalahan, Beri Fokus Seterusnya Untuk Chelsea

“Kita lupakan permainan malam tadi, sebaliknya kami akan memberi fokus pada aksi seterusnya dan melakukan yang terbaik.”

Demikian kata Ole Gunnar Solskjaer bagi mencetuskan kembali semangat dalam kalangan pemain dan peminat Manchester United untuk kembali bangkit dari kekecewaan pada perlawanan seterusnya.

Gagal manfaat

Manchester United gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di Old Trafford selepas Paris Saint-Germain(PSG) mencatat kemenangan 2-0 pada aksi pertama 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah.

MANCHESTER, ENGLAND – FEBRUARY 12: Kylian Mbappe of PSG celebrates his goal with teammates during the UEFA Champions League Round of 16 First Leg match between Manchester United (Man U) and Paris Saint-Germain (PSG) at Old Trafford stadium on February 12, 2019 in Manchester, England. (Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

Keputusan tersebut sekaligus menjadikan ianya sebagai kekalahan pertama buat Solskjaer dalam 12 perlawanan yang dilalui setakat ini selepas bergelar pengendali sementara bagi menggantikan Jose Mourinho yang dipecat pada Disember lalu.

Seterusnya, United akan berkunjung ke Stamford Bridge untuk menghadapi Chelsea dalam pertembungan pusingan kelima Piala FA bagi memburu slot ke pentas suku akhir.

Kembali fokus

Solskjaer berkata pasukannya kini perlu kembali memberikan fokus untuk menyiapkan diri untuk menghadapi dua perlawanan besar menentang Chelsea dan Liverpool.

“Kami akan menghadapi Chelsea dan Liverpool selepas ini. Saya rasa kami tidak mempunyai waktu untuk bersimpati pada diri kami sendiri,” kata Solskjer kepada MUTV.

“Anda [penyokong] semua tidak perlu risaukan kami. Kami pasti akan bersiap sedia untuk perlawanan menentang Chelsea nanti.”

Jadikan pengajaran

Solskjaer tidak menganggap kekalahan ke atas PSG sebagai perkara negatif bagi pasukannya. Pengurus kelahiran Norway itu bagaimanapun berkata pasukannya boleh mempelajari dan menilai kekurangan mereka, dan memperbaikinya untuk perlawanan akan datang.

MANCHESTER, ENGLAND – FEBRUARY 12: Ole Gunnar Solskjaer, Manager of Manchester United leaves the pitch with David De Gea and team mates during the UEFA Champions League Round of 16 First Leg match between Manchester United and Paris Saint-Germain at Old Trafford on February 12, 2019 in Manchester, England. (Photo by Michael Steele/Getty Images)

“Kekalahan ini memberi kesedaran mengenai realiti sebenar pasukan. Kami boleh melihat bagaimana mereka [PSG] boleh tetap bermain dengan kuat tanpa pemain-pemain terbaik mereka [Neymar dan Cavani].

“Kami mahu menjadi seperti itu. Kami akan memperkuatkan pasukan ini dan kami akan mempersiapkan pemain-pemain muda yang kami miliki untuk saingan musim depan.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram