Solskjaer Anggap Ashley Young Pemain Penting Man. United

Ole Gunnar Solskjaer menyatakan bahawa, Ashley Young akan menjadi pemain penting di dalam skuad beliau pada musim hadapan.

Ini seakan-akan menepis spekulasi yang mengaitkan Ashley Young dengan perpindahan ke Major League Soccer.

Musim lalu Man. United mengaktifkan klausa lanjutan setahun pada kontrak Ashley Young. Dan pemain tersebut gembira untuk terus berbakti kepada Man. United.

Ashley Young merupakan pemain yang banyak digunakan sebagai bek sisi Man. United. Beliau menjadi bek kanan pilihan utama United ketika Valencia cedera. Beliau juga boleh bermain di bek kiri dan posisi sayap.

Menurut Ole Gunnar Solskjaer, pengalaman yang ada pada Ashley Young sangat bermanfaat kepada pasukan mereka dalam usaha membangkitkan semula pasukan Red Devils.

Manchester United gagal menamatkan saingan di 4 teratas – sekaligus terlepas peluang ke UCL. Sasaran utama mereka pastinya mahu kembali semula ke pentas saingan tertinggi di Eropah.

Namun Solskjaer tetap akan mencari bek kanan yang baharu bagi memberikan persaingan kepada Ashley Young dan Diogo Dalot.

Antara nama yang dikaitkan dengan Man. United ialah Aaroon Wan Bissaka. Namun Man. United enggan membayar permintaan £50 juta daripada Crystal Palace. United masih berharap mereka dapat menandatangani pemain tersebut dengan harga lebih rendah.

Soskjaer dilihat cuba membina pasukan berdasarkan bakat Inggeris. Selepas mendapatkan Daniel James, kini Solskjaer dikaitkan dengan pemain seperti Jadon Sancho, Harry Maguire, James Maddison dan juga Wan-Bissaka.

Dalam perkembangan yang lain, Man. United mengumumkan mereka telah menawarkan kontrak lanjutan kepada seorang lagi pemain veteran – Juan Mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN