Solskjaer Akui Peroleh Tuah Ketika Menang Lawan West Brom

Ole Gunnar Solskjaer

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui pasukannya memperoleh tuah ketika menang tipis menentang West Bromwich Albion di Old Trafford.

Kemenangan 1-0 tersebut hadir menerusi jaringan Bruno Fernandes dari sepakan penalti untuk memberikan tiga mata buat Red Devils di laman sendiri.

Bercakap kepada media, Solskjaer mengatakan yang pasukannya bernasib baik selepas pengadil menarik balik keputusan untuk memberikan West Brom penalti.

“Saya saksikan insiden sepakan penalti ketika aksi Aston Villa-Brighton & Hove Albion, saya lihat ada sentuhan antara pemain dan juga bola jadi saya rasakan penalti akan diberikan.”

“Kami boleh dikatakan bertuah, tapi peraturan mungkin berbeza dan berlainan dengan cara kita interpretasikannya,” katanya menerusi Sky Sports.

Cerita dua penalti ini jelas memisahkan kedua-dua pasukan antara menang dan juga kalah semalam.

Gol kemenangan semalam terhasil pada separuh masa kedua selepas dua kali sepakan penalti diambil.

Pengadil David Coote memberikan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain West Brom. Fernandes gagal menyempurnakan sepakan penalti itu selepas ditepis oleh Sam Johnstone.

Namun, Video Assistant Referee (VAR) mengambil keputusan untuk memberikan sepakan kali kedua selepas Johnstone berdiri melepasi garisan sewaktu sepakan pertama diambil.

Pada sepakan kedualah gol Manchester United terhasil.

Coote menjadi tumpuan pada musim ini kerana kurang kompeten beliau dalam menguruskan perlawanan. Beberapa perlawanan beliau sebagai pengadil utama atau pengadil VAR musim ini mencetuskan keraguan.

Antara keputusan kontroversi beliau adalah ketika Mersyeside Derby apabila tiada tindakan diambil kepada Jordan Pickford yang mengasari Virgil Van Dijk di dalam kotak penalti dengan bahaya.

Baca juga artikel kami mengenai Ole Gunnar Solskjaer:

Ole Gunnar Solskjaer: Aksi Dipamerkan Tuanzebe Amat Luar Biasa

Ole Gunnar Solskjaer: Hari Terburuk Saya Sebagai Pengurus Man Utd

Manchester United Memang Layak Kalah, Akur Ole Gunnar Solskjaer

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN