Solksjaer Pertahan Martial Main Macam Air Tin

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mempertahankan prestasi semasa Anthony Martial dan menyifatkan pemain tersebut terlampau dikerah untuk beraksi sejak beberapa minggu yang lalu.

Bekas pemain, Paul Ince sebelum ini menyifatkan aksi Martial ketika United mencatatkan keputusan seri 0-0 pada hujung lalu seperti minuman bikarbonat di dalam tin yang kehilangan gasnya.

“Saya selalu memanggil beliau [Martial] seperti minuman bergas. Anda membuka minuman bertin itu, ia akan mengeluarkan bunyi gas, dan kemuida ia hilang.

“Begitulah saya melihat Martial,” kata Paul Ince.

Martial hanya menjaringkan satu gol dari enam penampilan terakhir di semua pertandingan dan Solskjaer menekankan kegagalan pemain dari Perancis itu menampilkan aksi yang sepatutnya adalah kerana keletihan.

Bagaimanapun Solskjaer berkata pemain itu tetap terus memberikan yang terbaik untuk memburu gol untuk menampung ketiadaan Marcus Rashford yang terpaksa disisihkan akibat kecederaan.

“Beliau [Martial] memberikan pasukan ini segala-galanya. Martial bermula dalam lapan perlawanan pada bulan ini, dan telah melakukan 20% lebih banyak larian berbanding sebelum saya tiba di sini,” jelas Solskjaer.

“Perkara yang sama dialami oleh pemain lain. Ia bukan setakat mengenai ujian mental dan taktikal. Ia adalah ujian secara fizikal yang perlu diusahakan kini [dalam latihan], kerana ia jelas memberikan masalah kepada pasukan.

“Berbanding ketika saya baru tiba ke sini, keseluruhan [struktur] skuad sememangnya mengalami masalah.

“Kita akan berikan [Martial] lebih banyak sokongan, berikan rehat yang sepatutnya beliau perolehi. Jika Martial memiliki rehat yang cukup, dan beraksi kurang perlawanan, sebagai penyerang ia memberikan banyak perbezaaan.

“Saya sebenarnya memuji beliau. Saya telah bercakap dengan Martial dan gembira dengan apa yang saya lihat. Saya tahu beliau penat, tetapi Martial tetap tidak pernah mengelak dari latihan.

“Beliau tetap menghadiri latihan, dan sentiasa bersedia pada setiap perlawanan. Untuk itu, saya amat berpuas hati.”

Ia bukan perkara baharu untuk Martial dikritik. Januari lalu, Roy Keane menyifatkan Martial adalah pemain yang tidak layak menyarung jersi Manchester United selepas pasukan itu tewas kepada Liverpool.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN