Solksjaer Mahu 3 Lagi Pemain

Walaupun berjaya menewaskan Manchester City dua kali pada musim ini – yang pertama sejak 10 tahun lalu – Ole Gunnar Solksjaer berkata Manchester United masih memerlukan dua atau tiga lagi pemain baharu untuk memiliki sebuah skuad yang mampu mencabar kejuaraan liga.

United menewaskan skuad kendalian Pep Guardiola 2-0 di Old Trafford pada tengah malam tadi hasil jaringan Anthony Martial dan juga Scott McTominay.

Pada Disember lalu, skuad kendalian Solksjar turut menang 2-1 ke atas seteru setempat mereka itu di Etihad.

Solksjaer jelas gembira dengan prestasi yang ditampilkan oleh barisan pemainya dalam perlawanan tersebut dan menganggapnya sebagai persembahan yang lengkap.

Tetapi pengendali dari Norway itu percaya masih banyak kerja perlu dilakukan untuk membenti sebuah skuad yang mampu bersaing dengan pencabar utama seperti Liverpool dan City pada musim depan.

“Kami merasakan kami sentiasa berjaya menjadi lebih baik,” ujar Solksjaer.

“Kami tahu kami kekurangan dua atau tiga pemain lagi untuk bergelar pencabar kejuaraan, dan juga sedikit pengalaman, dan kami menyedari perkara itu.

“Kita baru berbicara mengenai bagaimana untuk mulai mendaki liga, dan untuk mendapatkan sebanyak mungkin mata.

“Chelsea dan Leicester adalah pasukan yang jauh berada di hadapan.”

Guardiola pula terpaksa mempertahankan penjaga gol, Ederson yang melakukan dua kesilapan yang membenarkan United menjaringkan gol.

“Dia adalah penjaga gol luar biasa,” kata Guardiola.

“Itu sahaja yang boleh saya katakan. Ia sebahagian daripada perlawanan, dan beliau akan beraksi lebih baik selepas ini. Cara kami bermain adakalanya menyebabkan kesilapan tersebut berlaku.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN