Solari: “Kami Seri Sebab Bale Terpaksa Dikeluarkan Kerana Kecederaan”

Pengurus Real Madrid -Santiago Solari – menggunakan alasan agak pelik ketika ditanya, apakah sebab pasukan beliau seri 2-2 berhadapan dengan Villarreal.

Menurut Solari, kecederaan Gareth Bale adalah punca utama. Ini kerana mereka terpaksa mengeluarkan pemain itu awal pada separuh masa pertama selepas bertembung dengan Javi Fuego.

Real Madrid mendahului 2-1 pada separuh masa pertama. Ini selepas Benzema dan Varane menghapuskan pendahuluan gol oleh Santi Cazorla.

Bale dilaporkan mengalami kecederaan di pangkal peha beliau. Ketiadaan Bale digantikan oleh seorang lagi pemain yang berkualiti iaitu Isco. Ini merupakan kali ke-15 Gareth Bale dikeluarkan musim ini – kebanyakannya kerana isu kecederaan – menjadikan beliau pemain paling banyak dikeluarkan untuk gantian.

Real Madrid kemudian gagal untuk mengutip 3 mata selepas tandukan Santi Cazorla berjaya menerjah masuk gawang pada minit ke-82.

Santi Cazorla jelas terharu dengan 2 gol beliau. Sebelum ini karier beliau dikatakan sudah tamat oleh beberapa pihak. Namun Cazorla bangkit pada musim ini di Sepanyol.

Tamat perlawanan, pengurus Real Madrid, Santiago Solari berkata, ketiadaan Bale memberikan impak besar. Ini kerana apabila Bale keluar mereka sukar untuk memecahkan pertahanan lawan.

Solari berkata: “Kami melepaskan kemenangan dari tangan kami. Kami mahu membunuh perlawanan pada kedudukan kami berpeluang menang. Namun mereka bangkit dengan gol penyamaan.”

“Ketiadaan Gareth Bale memberikan kami masalah dan kami merindui serangan balas daripada ketajaman beliau. Gareth adalah pakar dalam perkara itu. Kamu sendiri lihat apa berlaku dalam padang tadi. Beliau mengalami kecederaan dan tak boleh meneruskan permainan.”

Gareth Bale setakat ini sudah mengalami 18 siri kecederaan dalam 5 musim bersama Real Madrid.

Santiago Solari kemudian menjelaskan kenapa beliau mengeluarkan Luka Modric. Ianya bukan kerana perasaan terlalu yakin, tetapi kerana pemain terbaik dunia itu tidak cukup cergas untuk bermain 90 minit.

“Luka baru pulih daripada demam dan beliau memberikan apa yang beliau mampu di dalam padang. Saya gembira kerana beliau mampu menyumbang 60 ke 65 minit dalam padang. Valverde memberikan kami tenaga dan mengawal tempo perlawanan ketika dimasukkan.”

“Kami gembira dengan perkembangan pemain muda kami yang mampu menyumbangkan sesuatu kepada pasukan.”

Solari kemudian menafikan skuad serba bintang itu terlalu bergantung kepada serangan balas. Beliau menyatakan skuad mereka mengawal perlawanan, cuma perlu lebih tajam ketika serangan balas.

“Masalah utama kami bukan kerana gagal mengawal perlawanan, namun kurang keupayaan dalam serangan balas untuk menghancurkan lawan pada separuh masa kedua. Kami juga mempersiakan 2 peluang gol untuk mendapatkan gol ke-3 menerusi Lucas [Vazquez] dan Marcelo.”

“Dan memang betullah, kami tidak ada ketajaman dalam serangan balas selepas ketiadaan Gareth Bale.”

Pada pandangan kami, sebab itulah Zinedine Zidane sebelum ini tidak mahu terlalu bergantung kepada Gareth Bale. Ini kerana pemain itu ada rekod kecederaan yang teruk. Mungkin Santiago Solari harus lebih baik dalam pengurusan pasukan beliau selepas ini. Beliau harus lebih teliti dalam pengurusan pemain seperti Bale.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN