Soh Chin Aun Pintas Bader al-Mutawa Selaku Pemain Kaps Terbanyak Di Dunia

Soh Chin Aun FIFA Century Club 2021 Ogos

Dalam kemaskini senarai FIFA Century Club yang dikeluarkan pada hari ini, secara rasminya, penampilan lagenda bola sepak negara, Dato’ Soh Chin Aun diiktiraf FIFA.

Pada penghujung Jun lalu, pemain Kuwait, Bader al-Mutawa telah memintas bekas pemain Mesir, Ahmed Hassan selaku pemain yang memiliki kaps antarabangsa terbanyak dengan meraih penampilan ke-185 ketika tewas 0-2 kepada Bahrain.

Sebelum ini, dalam senarai yang dikeluarkan pada penghujung Jun lalu, nama Soh Chin Aun masih belum tersenarai dalam senarai tersebut walaupun perkara tersebut telah dibawa ke pengetahuan FAM sejak awal tahun lalu oleh Roberto Mamrud.

Roberto Mamrud adalah pengumpul data pemain setiap negara dan jika pemain itu memiliki lebih 100 kaps, beliau akan usahakan untuk senaraikan pemain itu ke FIFA Century Club. Dan akhirnya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah bertindak.

Selain Chin Aun, terdapat empat lagi pemain yang turut memasuki senarai tersebut untuk menjadikan tujuh pemain skuad Harimau Malaya yang memiliki memiliki 100 kaps dan lebih meraih penampilan antarabangsa bersama skuad kebangsaan.

 

Sebelum ini, hanya tiga lagenda bola sepak negara yang tersenarai dalam senarai tersebut iaitu Datuk Shukor Salleh, Datuk Mokhtar Dahari dan Datuk R. Arumugam.

Shukor Salleh muncul pemain terbanyak meraih penampilan bersama skuad Harimau Malaya, iaitu sebanyak 163 penampilan bermula dari 1970 hingga 1981. Mokhtar Dahari pula mengumpul 138 kaps dalam tempoh 14 tahun bermula 1972 hingga 1985.

Penjaga gol skuad kebangsaan, Arumugam pula menjadi pemain negara ketiga dalam senarai tersebut dengan merekodkan 131 penampilan sejak 1973 hingga 1986.

 

Dalam kemaskini terbaru ini, pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan turut mendapat pengiktirafan apabila meraih 116 penampilan sejak 1980 hingga 1997. Pemain Selangor, Datuk M. Chandran turut berada dalam senarai dengan 115 penampilan.

Rakan sepasukan Chin Aun, Datuk Santokh Singh juga mendapat pengiktirafan kali ini apabila merekodkan 100 kaps bersama Harimau Malaya sejak 1973 hingga 1984.

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply