Soccer Aid: Acara Bola Sepak Amal Menyumbang Jutaan Dollar Kepada UNICEF

Apa itu Soccer Aid

Secara literalnya, ia merujuk kepada tabung bantuan menerusi acara bola sepak. Ianya cetusan idea oleh Robbie Williams dan Jonthan Wilks.

Soccer Aid merupakan satu acara amal yang dianjurkan di Britain melibatkan pilihan England dan juga pasukan Pilihan Rest Of The World, yang kini dikenali sebagai Soccer Aid World XI – bermula 2019.

Bila ia dilangsungkan?

Soccer Aid biasanya dilangsungkan pada pra-musim bola sepak Eropah. Awalnya Soccer Aid merupakan acara dwitahunan.

Namun selepas melihat kejayaan dan sambutan ke atasnya, Soccer Aid menjadi acara tahunan bermula 2018.

Siapa yang terlibat?

Mereka yang terlibat terdiri daripada selebriti, bekas pemain profesional, bekas atlet dan pelbagai lagi latar belakang termasuk – mewakili negara masing-masing.

https://twitter.com/gofckapineapple/status/1140423374025449472

Setiap pasukan perlu ada campuran bekas pemain bola sepak profesional dengan selebriti.

Berapa sumbangan kepada UNICEF?

Sejak diadakan pada 2006, Soccer Aid telah diiktiraf sebagai perlawanan bola sepak amal yang mengumpul sumbangan tertinggi setiap tahun.

Dana yang dikumpul akan disalurkan kepada UNICEF bagi membantu kanak-kanak yang memerlukan di seluruh dunia.

Setakat ini, acara Soccer Aid ini sudah mengumpul lebih £30 juta.

Bagaimana Soccer Aid mengumpul sumbangan?

Sumbangan tersebut adalah daripada jualan tiket pada hari perlawanan, derma persendirian ataupun derma organisasi.

Selain itu terdapat juga banyak pakej VIP untuk dibeli oleh selebriti yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut dengan pakej tiket gala. Berikut adalah harga tiket gala:

Single ticket – £850

Table of 10 – £7,500

Platinum package – £15,000

Dengan kehadiran para atlet ternama seperti Usain Bolt, mereka pastinya berjaya menarik ramai penaja. Bahkan penaja Usain Bolt sendiri berbesar hati untuk terlibat dan memberikan sumbangan kepada Soccer Aid.

Selain itu, para peminat dan orang awam juga boleh memberikan sumbangan dengan pelbagai cara termasuk dengan kredit pada telefon pintar dengan menghantar teks – seperti anda membuat undian program realiti.

Soccer Aid dan kuasa publisiti

Acara ini semakin menarik perhatian media. Buat masa ini, penyiar rasmi adalah ITV. Dengan publisiti yang semakin meningkat dan penglibatan nama-nama besar dalam acara ini, ianya menjadi acara yang menaikkan lagi jumlah kutipan dana amal – saban tahun.

Rumusan

Soccer Aid merupakan satu acara amal yang sangat baik. Ianya juga menunjukkan kepada dunia, bahawa sukan bola sepak bukan sekadar ‘bola sepak’. Setiap lapisan masyarakat menggemari sukan ini. Begitu juga dengan para selebriti sukan yang terlibat.

Ini secara tidak langsung berjaya menarik tontonan, dan seterusnya berjaya memberikan kesedaran kepada orang ramai – dengan kuasa publisiti yang ada.

Selain itu, para peminat bola sepak dan juga selebriti dapat melihat idola mereka beraksi di atas padang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN