Sky Sports Laporkan Carlo Ancelotti Dipecat Oleh Bayern Munich

Sky Sports melaporkan Carlo Ancelotti sudah dipecat oleh Bayern Munich.

Ancelotti sebelum ini telah dipanggil oleh lembaga pengarah Bayern Munich untuk menjelaskan kekalahan 3-0 di Paris St. Germain.

Presiden kelab Uli Hoeness dikatakan mahu Ancelotti menerangkan aspek pemilihan pemain dan juga pendekatan taktikal beliau dalam perlawanan tersebut.

Beliau meletakkan pemain seperti Robben, Ribery dan Hummels di bangku simpanan. Jerome Boateng pula tidak disenaraikan di dalam pasukan tanpa penjelasan yang konkrit.

Ancelotti telah diberikan dana untuk membeli pemain. Pada pra-musim kali ini, beliau turut membawa James Rodriguez dan juga Tolisso yang merupakan pemain tengah serangan.

Tolisso pernah memberitahu yang beliau adalah no.10 namun diarahkan bermain no.6 ataupun no.8 di dalam taktikal Ancelotti.

Kehilangan jangka panjang Neuer juga memberikan impak kepada pasukan beliau. Rummenigge mengkritik Bayern Munich selepas perlawanan menentang PSG dan menyifatkan ia bukan skuad Bayern Munich yang beliau kenal sebelum ini.

Rummenige (gambar) juga menyatakan kekalaha kepada PSG harus dibincangkan secara teperinci dangan laporan analisis sekali.

Bayern Munich
MUNICH, GERMANY – AUGUST 21: Karl-Heinz Rummenigge, CEO of FC Bayern Muenchen attends the opening ceremony of the FC Bayern Campus at FC Bayern Campus on August 21, 2017 in Munich, Germany. (Photo by Alexander Hassenstein/Bongarts/Getty Images)

Akhbar Bild dan Kicker di Jerman sebelum ini juga menjangkakan Ancelotti akan dipecat dalam masa yang terdekat.

Kekalahan kepada PSG memburukkan lagi keadaan apabila sebelum ini Bayern ‘menyerahkan’ pendahuluan 2 gol menentang Wolfburg di halaman sendiri.

Ancelotti musim lalu tewas di suku akhir UCL di tangan Real Madrid dan juga tewas di tangan Dortmund dalam DFB Pokal (separuh akhir).

Ancelotti setakat ini sudah membantu Bayern Munich menjuarai 3 trofi sejak mengendalikan skuad tersebut menggantikan Pep Guardiola pada Julai 2015.

Bekas pengendali Borussia Dortmund, Thomas Tuchel dikatakan antara calon pilihan untuk menggantikan Ancelotti.

Sumber

Sky Sports – http://www.skysports.com/football/news/11890/11057470/bayern-munich-sack-carlo-ancelotti-after-psg-defeat

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN