Skuad Utama Chelsea Tidak Potong Gaji, Mahu Bantu Kerja Kebajikan

Chelsea

Skuad utama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea dilaporkan tidak akan membuat potongan gaji untuk mengurangkan bebanan kewangan kelab berikutan pandemik COVID-19, kata kelab tersebut dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Berdasarkan perbincangan di antara dua pihak, semua pemain dikatakan akan meneruskan usaha mereka untuk membantu badan-badan kebajikan yang ada.

Media UK sebelum ini melaporkan kelab tersebut sebelum ini cuba untuk mencadangkan potongan gaji 10 peratus kepada pemain berikutan impak kewangan yang melanda pasukan disebabkan krisis berkenaan.

“Buat masa ini, semua pemain skuad utama tidak akan menyumbang kepada kewangan kelab [dengan potongan gaji]. Sebaliknya lembaga pengarah telah menggalakkan kepada mereka untuk fokus kepada usaha membantu kerja-kerja amal dan kebajikan.

“Jika krisis ini berpanjangan, pihak kelab selepas ini akan kembali membuat perbincangan dengan pasukan utama berhubung perkara tersebut.”

Chelsea turut menambah yang mereka tidak akan memohon skim pengekalan pekerjaan yang disediakan kerajaan sepanjang krisis ini dan akan terus membayar gaji penuh semua pekerja kelab berkenaan.

“Pihak kelab mengesahkan kami tidak akan mengambil kesempatan ke atas skim pengekalan pekerjaan yang disediakan pihak kerajaan [yang menggunakan dana awam] yang akan berlanjutan sehingga 30 Jun,” kata kenyataan kelab itu lagi.

“Kami tidak merancang untuk memberikan cuti tanpa gaji kepada pekerja sepenuh masa kami dan mereka semua akan dibayar 100 peratus berdasarakan gaji semasa.”

Liverpool, Tottenham Hotspur dan Bournemouth yang sebelum ini merancang untuk memberikan cuti tanpa gaji kepada pekerja mereka dan memohon skim pengekalan pekerjaan telah menarik balik keputusan tersbut setelah teruk dikecam dan dikritik pelbagai pihak termasuk penyokong mereka sendiri.

Setakat ini hanya Norwich City sahaja pasukan EPL yang akan menggunakan skum tersebut dan pada Sabtu mereka telah mempertahankan keputusan tersebut ‘demi kepentingan perniagaan’.

Southampton, Aston Villa dan West Ham United pula telah mengumumkan mereka telah mencapai persetujuan dengan pemain untuk membuat pemtongan gaji dan begitu juga dengan Arsenal yang mengumumkan pemotongn 12.5 peratus untuk semua pemain dan pegawai kejurulatihan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai pemotongan gaji:

Leave a Reply