Skuad Piala Dunia 1982 Brazil, Itali Berganding Bahu Lawan COVID-19

Kerjasama Semuanya BOLA

Itali Brazil

Itali dan Brazil mungkin pernah menjadi ‘bermusuhan’ ketika di atas padang dalam satu perlawanan yang dianggap terbaik dalam sejarah Piala Dunia, namun kini, legenda kedua-dua telah berganding bahu untuk membantu negara Amerika Selatan itu memerangi wabak coronavirus (Covid-19).

Itali telah menewaskan Brazil 3-2 pada kejohanan Piala Dunia 1982 di Estadi de Sarria, Barcelona dengan jaringan hatrik Paolo Rossi telah menyingkirkan skuad samba yang menampilkan pemain bintang seperti Zico, Socrates, Junior dan Leandro.

Bekas pemain tengah Brazil, Paulo Roberto Falcao telah pun meraih sumbangan lebih dari 4.5 juta reais (RM3.75 juta) dengan bantuan bekas rakan sepasukannya yang merakamkan video merayu orang ramai untuk menderma bagi membantu penularan wabak Covid-19 di Brazil.

Kemudian, pemain skuad Azzurri pula mengikut jejak ‘musuh’ mereka itu dengan turut merekodkan video.

Falcao yang pernah beraksi bersama AS Roma telah meminta rakan-rakan baiknya serta bekas rakan sepasukan, Bruno Conti untuk mendapatkan pemain-pemain Itali untuk merekodkan video masing-masing.

Paulo Rossi, Giuseppe Bergomi dan Claudio Gentile adalah di antara yang bersetuju untuk membantu.

“Itali dan Brazil adalah musuh di atas padang tetapi kini kami bersatu menentang coronavirus,” kata pemain pertahanan, Franco Causio.

Pemain dari kedua-dua pasukan kekal rapat dengan Socrates, Zico dan Junior adalah dalam kalangan mereka yang beraksi di Itali.

Pada 1990, kedua-dua pasukan telah beraksi dalam satu perlawanan pertunjukan sempena persaraan Junior.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Brazil dan Itali:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram