Skuad Negara B-15 Akan Sertai Torneo Delle Nazioni, Kejohanan Terulung Di Eropah

Skuad bola sepak B-15 tahun negara yang diselia oleh Porgram Pembangunan Bola Sepak Negara atau NFDP akan menyertai kejohana pertama mereka untuk tahun ini.

Kejohanan yang bakal disertai mereka ini bukan calang-calang, kerana ia akan dilangsungkan di Itali!

Kejohanan terbaik

Kejohanan pertama untuk skuad B-15 negara pada tahun ini akan diadakan di Itali dan ia akan berlangusng pada penghujung April ini.

Torneo Delle Nazioni atau maksudnya adalah Kejohanan Antara Negara-Negara menyaksikan pasukan negara akan berhadapan dengan 11 lagi negara-negara terulung dari seluruh dunia merebut satu kejuaraan

Negara-negara tersebut adalah:

  • Itali
  • Amerika Syarikat
  • Jepun
  • England
  • Republik Czech
  • Mexico
  • Rusia
  • Portugal
  • Croatia
  • Austria
  • Slovenia

Seperti yang kami beritahu di awal artikel, kejohanan ini bukanlah kejohanan sebarangan.

Hal ini kerana Torneo Delle Nazioni merupakan kejohanan bola sepak peringkat umur yang terulung di Eropah – lihat saja negara-negara yang bertanding.

2 terbaik

Dalam kejohanan ini, pasukan negara akan diletakkan dalam kumpulan yang melibatkan 4 negara.

2 pasukan dari kumpulan tersebut akan layak ke peringkat seterusnya yang merupakan peringkat kalah mati.

Untuk kejohanan ini, Lim Teong Kim bakal mengetuai skuad negara di Itali nanti.

Skuad Malaysia Cougar atau skuad B-14 tahun negara masih segar dengan kejayaan di Piala SuperMokh yang menyaksikan penyertaan pasukan-pasukan seperti Manchester City dan juga Sporting Lisbon.

Kami di Semuanya BOLA mengucapkan selamat maju jaya buat skuad remaja negara. Semoga pendedahan ini dapat memberikan pengalaman berguna kepada mereka semua.

Baca juga: Mourinho Masih Berkeras Label Chelsea Sebagai Pasukan Defensif

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply