Skuad Kedah Hadir Ke Majlis Buka Puasa Anjuran Syarikat Air Darul Aman

Skuad Liga Super Kedah baru-baru ini telah menghadiri majlis berbuka puasa sebagai mengisi jadual mereka ketika bulan Ramadhan.

Menurut laman Facebook mereka, skuad Kedah telah memenuhi jemputan untuk ke majlis berbuka puasa dan sumbangan yang dianjurkan oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA).

SADA merupakan badan yang menguruskan urusan bekalan air di Kedah dan dalam masa yang sama mereka juga adalah penaja bagi pasukan Kedah.

Majlis yang diadakan di bangunan SADA itu menyaksikan program penyerahan sumbangan kepada pertubuhan yang diberi nama sebagai Yayasan Bunga Raya.

Majlis berbuka puasa tersebut turut dihadiri oleh beberapa pemain seperti Fitri Omar dan juga penjaga gol mereka – Farhan Abu Bakar.

Fitri Omar antara pemain yang hadir semalam. Gambar: Kedah FA

Majlis tersebut dihadiri oleh beberapa dif-dif kehormat pada seperti Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato Badrol Hisham Hashim dan juga CEO bagi SADA – Dato Abdul Ghani Zainuddin.

Barisan pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) turut hadir bagi memenuhi jemputan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN