Skuad Harimau Malaya Kena Banyak Cipta ‘Penetrating Pass’

penetrating pass harimau malaya

Bekas pengendali skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan berpendapat skuad Harimau Malaya perlu membuat lebih banyak ‘penetrating pass’ dalam aksi selepas ini.

Hanya itu kekurangan yang mengganggu rentak permainan skuad negara ketika cuba memasuki defensive third lawan selain beberapa isu lain seperti kesilapan individu di defensive third sendiri yang perlu dielakkan, jika mahu menang berdepan UAE.

Sebagaimana yang pernah diketengahkan Semuanya BOLA sebelum ini mengenai betapa pengganti Brendan Gan perlu mencapai tahap permainan sepertinya dalam menggerakkan jentera tengah, sentuhan inilah yang diperlukan oleh penyerang.

Dalam kekalahan kepada Bahrain tempohari, jelas yang kekurangan ‘penetrating pass’ menyebabkan Harimau Malaya tampak buntu sebaik sahaja memasuki kawasan kubu lawan. Dalam 20 minit pertama aksi, beberapa kali Malaysia tampil mengasak.

 

Brendan Gan Sumareh Panetrating Pass Harimau Malaya Malaysia Thailand 2019
Hantaran Brendan Gan kepada Sumareh yang menghasilkan gol kedua Malaysia ke atas Thailand.

Begitupun, akibat kekurangan hantaran sebegitu yang telah menyebabkan penyerang tunggal negara, Syafiq Ahmad gagal untuk menyumbang sesuatu. Ujar Wan Jamak, “Cuma ikhlas daripada saya pemain kita kena banyak buat ‘penetrating pass’.”

“Pasukan negara mampu membina gerakan sehingga attacking zone, tetapi kemudian mereka takut untuk buat ‘penetrating pass’. Kalau ada pemain kita boleh buat hantaran sebegitu, kita mampu kucar-kacirkan benteng lawan,” tambahnya lanjut.

Ketika menundukkan Thailand 2-1 pada November 2019, Brendan Gan merupakan pemain terbaik skuad negara selain merupakan Pemain Terbaik Perlawanan tersebut.

Pengulas Astro ArenaKeesh Sundaresan telah membuat perincian mengenai ‘gerak kerja’ Brendan Gan pada malam tersebut yang telah memberikannya anugerah pemain terbaik perlawanan. Jadi, penggantinya nanti, perlu mencapai benchmark ini.

Menurut Keesh, Brendan Gan telah menghasilkan complete passes terbanyak di dalam padang di kalangan pemain Malaysia selain terbanyak membuat forward passes (13) dan passes into final third (7). Bukan itu sahaja, beliau juga turun untuk bertahan!

Wan Jamak turut berkata, “UAE memang sebuah pasukan yang hebat, namun jika taktikal betul digunakan oleh coach Tan, kita mampu untuk meraih kemenangan ataupun memberikan cabaran seperti yang kita lakukan di Bukit Jalil sebelum ini.”

Berdasarkan aksi menentang Bahrain tempohari, adakah Liridon Krasniqi pengganti yang tepat? Jika dilihat, beliau bukanlah pemain yang gemar membuat ‘penetrating pass’. Mungkin Tan Cheng Hoe perlu memikirkan sesuatu untuk selesaikannya.

Liridon Krasniqi mungkin sesuai untuk membentuk double pivot bersama Nor Azam Azih, tetapi menjadi persoalan adalah kelompongan yang ditinggalkan Brendan Gan. Mungkin itu yang cuba disampaikan oleh Wan Jamak kepada Sinar Harian.

Baca lagi artikel lain mengenai skuad kebangsaan:

Ini ‘Benchmark’ Yang Ditinggalkan Brendan Gan Buat Penggantinya Nanti

7 Perkara Perlu Anda Tahu Mengenai Dion Cools Setelah Sah Bergelar Pemain Harimau Malaya

Wan Kuzain Beri Emoji Misteri Selepas FAM Umum Dion Cools

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply