Skuad Futsal Negara Raih Kemenangan Kedua Bertemu New Caledonia

Futsal

Persiapan skuad futsal negara menjelang Kejuaraan Futsal AFF 2019 ditutup dengan langkah kemenangan selepas berjaya menundukkan New Caledonia 6-1 di Kompleks Sukan Negara Negara Panasonic, Shah Alam sebentar tadi.

Aksi pertama pada Isnin lalu menyaksikan skuad negara meraih kemenangan 5-0 menentang lawan yang sama.

Skuad negara memerlukan lapan minit untuk membuka tirai jaringan apabila Christopher Cawa tertampan bola ke gawang sendiri susulan sepakan ke dalam diambil Mohd Azwann Ismail.

Mohd Awalluddin Mat Nawi melebarkan kedudukan pada minit ke-18 selepas dengan tenang menolak masuk bola hantaran daripada Azri Rahman.

Hanya berselang seminit kemudian, New Caledonia mengurangkan defisit jaringan apabila rembatan diledakkan Chris Pei berjaya membolosi kawalan penjaga gol, Syafiq Hamzah.

Malaysia tampil dengan lebih garang pada separuh masa kedua apabila berjaya empat lagi jaringan bagi mengukuhkan kedudukan.

Selepas seminit aksi kembali bersambung, Mohd Ridzwan Bakri menjadikan kedudukan 3-1 selepas menerima umpanan cantik daripada Mohd Awalluddin.

Belum pun sempat New Caledonia memperkemaskan aksi, skuad negara terus cemerlang dengan mencipta jaringan keempat setelah Abu Haniffa Hassan menyudahkan lorongan daripada Ridzwan Bakri pada minit ke-23.

Dua lagi jaringan daripada Muhammad Saad Sani [minit ke-25] dan Abu Haniffa berselang lima minit kemudian menutup akaun jaringan skuad negara untuk perlawanan berkesudahan 6-1 memihak skuad negara.

Skuad negara akan berlepas ke Ho Chi Minh City pada 19 Oktober ini bagi menghadapi saingan Kejuaraan Futsal AFF 2019 yang bermula 21 Oktober nanti. Pada kejohanan tersebut, skuad negara akan berdepan tuan rumah, Vietnam, Indonesia dan Australia.

Kredit foto: FAM

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN